Ad Code

Responsive Advertisement

Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris

Contoh Karangan Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris

Dalam mengejar era globalisasi ini, pelbagai kemahiran harus dikuasai oleh individu bagi melonjakkan kecemerlangan masing-masing ke peringkat antarabangsa. Adakah anda pernah memikirkan persediaan kita sebagai warganegara Malaysia yang tercinta ini untuk bersaing dengan masyarakat seantero dunia?Adakah pencapaian kita yang sedikit ini mampu menyaingi mereka? Sebenarnya, antara isu yang diketengahkan dan diuar-uarkan oleh pemimipin kita, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia ialah kita harus sentiasa berusaha untuk memperkenalkan negara di persada antarabangsa. Oleh itu, setiap individu perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana bahasa ini merupakan bahasa kedua yang digunakan di kebanyakan negara dan merupakan lingua franca masyarakat antarabangsa. Malangnya,majoriti masyarakat luar bandar negara kita tidak fasih berbahasa Inggeris. Golongan ini tidak membiasakan diri mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua. Sesungguhnya, mereka sedar akan penguasaan bahasa Inggeris pada abad kedua puluh ini amat penting kerana faedahnya banyak dan kepentingannya tidak dapat dinafikan.
 
Antara kepentingan menguasai bahasa Inggeris ialah peluang pekerjaan terbuka luas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia. Jadi, bahasa Inggeris ini diterima dan digunakan oleh semua negara di dunia. Hal ini membuktikan bahawa dengan menguasai bahasa Inggeris, peluang pekerjaan yang terbuka bukan hanya di negara kita malahan juga pada peringkat antarabangsa. Tambahan pula, pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa kegawatan ekonomi melanda dunia ini. Kita pernah dikejutkan dengan berita isu pengangguran yang semakin meningkat di negara kita, iaitu mencecah angka 80 000 orang. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang mampan, sudah tentu kita tidak akan bermasalah untuk mendapat pekerjaan yang berprestij terutamanya dengan pihak swasta. Begitu juga dengan bidang profesional yang lain seperti akuantan, doktor, peguam, dan pensyarah. Malahan, ahli-ahli politik, iaitu barisan pemimpin negara turut mrengutamakan bahasa Inggeris kerana bahasa inilah yang digunakan ketika menyampaikan ucapan supaya dapat menyakinkan pemimipin-pemimpin dunia, di samping memperoleh penghormatan dalam arena antarabangsa. Jadi,penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dibiasakan sejak kecil lagi seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sekiranya bahasa ini boleh kita kuasai dengan baik, nescaya peluang pekerjaan akan sentiasa menanti.
 
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Pelancongan, lebih kurang 22.9 juta orang pelancong menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada tahun 2008. Hal ini berikutan sikap rakyat Malaysia yang pandai berkomunikasi, selain mempunyai lokasi-lokasi pelancongan yang unik dan menarik.Di samping itu, majoriti rakyat Malaysia di bandar menguasai lingua franca ini, iaitu bahasa Inggeris. Hal ini secara tidak langsung memudahkan komunikasi antara pelancong dengan rakyat Malaysia itu sendiri. Sebagai contoh, pemandu pelancong yang menguasai bahasa inggeris dapat menerangkan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia kepada pelancong asing sekali gus membuatkan pelancong asing memahami dan mengetahui keunikan Malaysia.Hal ini demikian kerana Malaysia banyak mempunyai tempat yang bersejarah seperti Kota A Famosa dan makam-makam pahlawan. Di samping itu, rakyat Malaysia, terutamanya peniaga berpeluang untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia kepada pelancong asing yang datang secara berterusan, bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”. Pelancong asing dapat mengetahui keunikan dan nilai estetika hasil kraf tangan yang terdapat di negara kita seperti bakul rotan, batik dan barangan tembaga. Dengan itu, terbuktilah bahawa penggunaan bahasa Inggeris memberikan impak yang besar terhadap penigkatan pendapatan dalam industri pelancongan.
 
Selain itu, dunia ekonomi dan perdagangan sekarang lebih menekankan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan. Interaksi dalam kalangan pelabur dari seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, kebanyakan mesyuarat yang dilaksanakan dalam sesebuah syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa menggunakn bahasa Inggeris. Sebagai sebuah negara yang membangun, kegiatan perdagangan antarabangsa sememangnya penting bagi menjamin kemajuan negara supaya terus membangun dan dikenali sepanjang zaman, bak kata pepatah, “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”. Jadi, sebgai warganegara yang bertangungjawab, kita perlu mempelajari dan menguasai bahasa ini kerana hal ini akan memudahkan kita untuk bersaing dalam arena perdagangan dunia yang serba mencabar. Sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa Inggeris, tidak mungkin Malaysia akan tersenarai sebagai negara yang giat membangun. Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa Inggeris amat penting dalam urusan perdagangan dan pembangunan ekonomi.
 
Seterusnya, penguasaan bahasa Inggeris memberi ruang kepada kita untuk meninggikan martabat bangsa. Hal ini demikian kerana apabila kita petah berbahasa Inggeris, kita akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Seiring dengan arus pemodenan antarabangsa, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa perantaraan seantero dunia. Dengan menguasai bahasa Inggeris, kita dapat melontarkan idea atau komen yang bernas ketika menghadiri persidangan antarabangsa. Sebagai contoh,ketika di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri kita, beliau fasih berbahasa Inggeris sehingga dapat menyuarakan buah fikiran kepada masyarakat dunia. Hal ini telah membuka mata masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia yang mampu “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi”dengan negara maju yang lain. Dengan ini,masyarakat dunia telah menaruh kepercayaan terhadap Malaysia dan secara tidak langsung melonjakkan martabat bangsa di persada dunia. Sekiranya isu penguasaan bahasa Inggeris ini hanya dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia, nescaya kita akan menerima nasib yang sama dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Negara-negara ini tetap dipandang rendah di mata dunia walaupun telah memiliki tahap teknologi yang lebih tinggi daripada Malaysia. Hal ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahas IIggeris yang masih di takuk lama. Jelaslah bahawa bahasa inggeris merupakan aspek terpenting dalam menaikkan martabat bangsa bagi sesebuah negara.
 
Ramai bersependapat bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu. Hal ini demikian kerana banyak terdapat sumber rujukan yang telah ditulis dalam bahasa Iinggeris kerana masyarakat Barat menggunakan budaya dokumentasi. Sehubungan dengan itu, kita dapat meneroka dan berkongsi lebih banyak ilmu dengan negara lain di dunia. Di samping perkongsian ilmu, kita juga boleh mendapatkan ilmu melalui internet dengan mudah sejajar dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan. Para pelajar di seluruh dunia boleh mendapatkan ilmu dengan pantas kerana maklumat berada di hujung jari. Sebagai contoh, di Malaysia kini, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa inggeris. Sekiranya masalah penguasaan bahasa Inggeris berlaku, pasti pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran. Dengan itu,tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris perlu di kuasai kerana bahasaInggeris merupakan bahasa ilmu.
 
Pada masa yang sama , bahasa Inggeris perlu dikuasai sebaik-baiknya memandangkan bahasa ini merupakan bahasa perhubungan bertaraf dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila Malaysia juga sudah mula menitikberatkan pengunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sitem persekolahan dan kadang-kadang sebagai bahasa pertama di institut pengajian tinggi kerana bahasa Inggeris merupaka lingua franca yang digunakn secara meluas pada peringkat antarabangasa. Selain itu,individu yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik tidak akan berasa janggal sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, situasi ketika berurusan dengan pelancon asing mahupun ketika berada di rantau orang dan tidaklah menjadi “seperti rusa masuk kandang”. Mari kita ambil contoh apabila kita menjadi duta kecil bagi memperkenalkan negar kita di persada dunia, secara tidak langsung kita akan mempamerkan budaya rakyat Malaysia yang berilmu. Sekiranya Masyarakat bersikap acuh tidak acuh akan pentingnya penguasaan bahasa ini, nescaya rakyat Malaysia tidak mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Pendek kata, bahasa Inggeris perlu dikuasai dengan sewajarnya supaya kita dapat berinteraksi dengan lebih mantap. 

Contoh lain : 
  1. Kepentingan Bahasa Inggeris 
  2. Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris ( Esei 2 )