Ad Code

Responsive Advertisement

Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak

Contoh Karangan Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak

Apakah kesan baik dan buruk kanak-kanak untuk masa depan jika bapa membiarkan mereka menggunakan ipad/android?

Kehadiran teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga dapat mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga bersetuju teknologi boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan dan hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.

 

Kesan Buruk

1. Menganggu waktu tidur

Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada masa kini kerana sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan pula, jika tempoh bermain ipad dan android  kira-kira puratanya sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik, seperti daripada  menggunakan komputer,ipad, telah dibuktikan boleh mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur). Mereka terlalu leka dengan aplikasi didalam ipad tersebut.

2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.

Apabila kita menggunakan teknologi seperti komputer, ipad, permainan, dan televisyen, kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif atau kurang bercakap.

3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat

Kajian telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan ipad,televisyen, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kurangnya perhatian.

4.Mengganggu prestasi disekolah

Berdasarkan kajian, Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ipad lebih cenderung untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca buku-buku.

5. Kurang aktiviti fizikal.

Boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak yang menonton atau menggunakan teknologi seperti ipad secara berlebihan.

6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.

Banyak video yang boleh dimasukkan kedalam ipad tersebut yang menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.

 

Kesan Baik

Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dan apa yang betul.

1. Dapat mengikuti perkembangan teknologi

Kini kanak-kanak dibesarkan dengan pemainan video dalam ipad dan jarang sekali mereka bermain diluar rumah seperti dahulu kala iaitu bermain permainan tradisional. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan teknologi dan permainan terkini dalam ipad tersebut.

2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi

Meningkatkan motivasi terhadap kanak-kanak serta membolehkan pembelajaran kendiri, mengakses maklumat yang sukar diperolehi, Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar meningkatkan kreativiti dan imaginasi pembelajaran berkesan dengan bimbingan ibubapa.

3.Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

Kanak-kanak dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan ipad. Perisian di dalam ipad dapat lebih menarik kerana bercorak intetraktif.

4.Dapat mengikuti perkembangan video game

Kanak-kanak tidak akan cepat merasa boring dan tidak keluar rumah seandainya terdapat permainan video game yang terbaru. Ibubapa tidak mudah merasa resah apabila keluar rumah kerana rasa selamat akan keselamatan kanak-kanak. Ini kerana mereka leka bermain video game dan tidak merengek untuk keluar rumah.

5. Bahan dapat digunakan berulangkali

Kanak-kanak boleh merekod suasana pembelajaranya di tabika. Kemudian kanak-kanak tersebut dapat menonton kembali video tersebut. Ini akan mempercepatkan lagi pembelajaran mereka.

6.meningkatkan prestasi akademik

Belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang  pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu melalui ipad.

Catat Ulasan

0 Ulasan