Ad Code

Responsive Advertisement

Kelebihan Tadbir Urus yang Baik Kepada Rakyat dan Negara

Contoh Karangan Kelebihan Tadbir Urus yang Baik Kepada Rakyat dan Negara

Tadbir urus yang baik dapat meningkatkan keupayaan negara bagi mencapai matlamat negara serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Tadbir yang baik mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.

Negara yang ditadbir urus dengan baik akan meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Organisasi kerajaan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan adalah prosedur dan polisi yang jelas. Pemantapan integriti melahirkan sumber manusia yang cekap dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara efisien. Urusan di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan menjadi sitematik dengan adanya piagam pelanggan dan polisi yang dipatuhi setiap kakitangan kerajaan.

Selain itu, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan imej negara. Tadbir urus baik dapat meningkatkan keselamatan negara di samping menjaga kedaulatan negara. Kemakmuran dan kesejahteraan ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia. Malaysia turut dijadikan negara contoh oleh negara lain dalam pentadbiran. Sebagai contoh, pelaksanaan Islam Hadhari menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Kecekapan pentadbiran ini menunjukkan Malaysia berupaya menyelesaikan pelbagai pertikaian atau masalah dalaman negara dengan baik.

Tadbir urus baik bukan sahaja membawa manfaat kepada kerajaan melahan rakyat juga mendapat faedah daripadanya. Antara kebaikannya ialah kesejahteraan rakyat akan meningkat. Pembangunan negara berjalan lancar kerana negara ditadbir urus dengan baik. Pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni. Perkhidmatan awam yang semakin baik memudahkan rakyat hidup mencapai kemajuan pelbagai bidang. Maka, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Seterusnya, tadbir urus yang baik turut memudahkan urusan orang ramai. Perkhidmatan kerajaan yang cekap memudahkan urusan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan. Rakyat tidak perlu menunggu dalam tempoh yang panjang. Perkhidmatan dalam talian juga memudahkan rakyat berurusan dengan pelbagai organisasi. UTC dan RTC turut memberikan kemudahan yang banyakkepada penduduk Malaysia. Selain itu, rakyat dapat melakukan pelbagai urusan walaupun sepelas waktu pejabat.

Tadbir urus yang baik dapat menggalakkan budaya dan nilai yang baik dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana tadbir urus baik dapat mengurangkan amalan rasuah dalam kalangan masyarakat. Setiap rakyat mendapat peluang yang sama dalam pengagihan ekonomi dan dilayan sama rata menurut perlembagaan. Hal ini mengelakkan pergaduhan antara kaum di samping mengurangkan tunjuk perasaan ataupun mogok. Tadbir urus yang mementingkan integriti dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat supaya mengamalkan sikap yang positif.

Kesimpulannya, tadbir urus yang baik dapat memudahkan urusan pelbagai pihak di samping dapat mengurangkan masalah ekonomi, politik dan sosial.   

Sumber

Catat Ulasan

0 Ulasan