Ad Code

Responsive Advertisement

Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini

Contoh Karangan Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini

Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT.

Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.

Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.

Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.

Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.

Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut.

Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap penggunannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.


Sumber

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Terima kasih sangat membantu dalam folio saya

    BalasPadam
  2. Wah, terima kasih. Sangat tidak membantu. Hanya membuatkan saya geram. //mengkesal//

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Karangan yg sangat bagus amat membantu saya , terima kasih

    BalasPadam