Contoh Karangan Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini
berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan
lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan
timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi
tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun
kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan
pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada
antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan
diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara
asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes
rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung
trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki
pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan
penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa
lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk
menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk
melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan
merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara
asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka
menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya,
rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat
yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing
tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis.
Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat
jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang
tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan
kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini
pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan
setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti
sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam
sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan
datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita
juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan
serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak
terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin
dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji
mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan
rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang
pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam
perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu
hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi
kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika
nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin
sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam
pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa
izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini
dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya
sendiri.
Contoh lain :
Contoh lain :