Contact Form

Selasa, 24 Disember 2013

Kesan-Kesan Jenayah Siber

Kehidupan yang dilingkari dengan teknologi canggih tanpa sempadan telah melahirkan satu kelompok manusia yang hidup serba mudah dan ringkas. Oleh demikian, jenayah juga mula bertukar wajah seiring dan sejalan dengan arus modenisasi. Jenayah siber adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat,China,Jepun dan Korea selain itu negara yang sedang membangun seperti Malaysia juga turut menerima ancaman daripada jenyah siber. 

Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat.
 

Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet setiap tahun.
 

Di samping itu, graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi pembayaran melalui atas talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan pihak perbankan,pentadbir dan laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau shopping online. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan membeli-belah atas talian juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara laman web yang menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku, pengiklanan produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran, yang kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia Airline yang menjalankan urusniaga seperti tempahan tiket dan pembayaran online.
 

Terdapat pelbagai kesan yang menyumbang kepada jenayah siber. aplikasi atas talian akan memberi impak buruk kepada penguna jika tiada sekuriti atau keselamatan dalam proses transaksi pembayaran online. Laman web yang tidak rasmi dalam proses berbankan online akan memudaratkan pengguna iaitu tanpa sedar,mereka sebenarnya telah memberi kata laluan atau password kepada penjenayah siber. Hal ini akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri informasi perbankan pengguna bertujuan mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada akaun penjenayah siber. Selain pengguna, organisasi atau laman sesawang yang mengunakan aplikasi online ini juga akan menerima ancaman dan gangguan daripada penjenayah siber dengan menggodam maklumat sulit organisasi dengan niat untuk membantutkan operasi organisasi tersebut. Jenayah siber seperti ini pernah berlaku kepada perbankan Maybank pada tahun 2007 apabila pengguna Maybank telah menggunakan laman web tidak rasmi dalam proses transaksi pemindahan wang dalam akaun. Malang sekali, pengguna tersebut kehilangan sejumlah wang apabila maklumat transaksi perbankan diakses mudah oleh penggodam. Kes ini telah pun membuka banyak mata pihak organisasi dan pengguna dalam berhati-hati mengunakan aplikasi perbankan, pemindahan atau pembayaran wang secara online.

Di samping itu, Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Contonhya dalam kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan penerimaan maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah siber.
 

Secara tuntasnya, pelbagai pihak haruslah mengembeleng tenaga dalam mengatasi faktor-faktor jenayah siber. Usaha dan idea berterusan dalam mengekang jenayah siber oleh setiap lapisan masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib amat perlu menangani gelaja ini agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan memberi impak negatif dalam kehidupan seharian.

Contoh lain : Jenayah Siber
Label : views