Contoh Karangan Rempit
Rempit ialah sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang
motosikal secara melulu dan merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri
mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan
rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan
rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah
penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat
rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud
sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada
penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di
Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang
pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.
Punca-Punca Merempit
Sama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Sama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini
adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja.Seperti yang
kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah
terpengaruh dengan perkara yang negatif.Oleh disebabkan desakan dan perasaan
remaja yang suka memcuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka
tempohi,para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja malah mereka tidak
memikirkan pelbagai kesan buruk yang akan timbul disebabkan oleh sikap mereka
ini.Perasaan ingin mencuba ini akan menghalang fikiran waras para remaja untuk
memikirkan kebaikan dan keburukan yang akan dialaminya sekiranya mereka
terlibat dengan aktiviti merempit ini malahan mereka mudah seronok apabila
melakukan aksi-aksi merempit.Media massa juga boleh mempengaruhi para remaja
untuk melakukan aksi berbahaya contohnya wujudnya filem-filem aksi seperti rempit,bohsia
dan samseng jalanan yang mana para remaja cuba untuk melakukan aksi-aksi
seperti didalam filem tersebut.Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dalam diri
remaja inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi yang
dipaparkan di media massa.
Selain itu juga remaja terpengaruh dengan rakan-rakan juga
dapat dikenal pasti kenapa berlakunya masalah rempit.Remaja selalunya mempunyai
sikap yang mana akan mengikut sahaja sikap dan tingkahlaku rakan-rakan sebaya
mereka,contohnya remaja yang berkawan dengan golongan mat rempit maka mereka
juga akan melakukan aktiviti merempit ini kerana mereka akan dianggap
ketinggalan kerana tidak melakukan aktiviti yang sama seperti rakan-rakan yang
lain.Para remaja juga mudah untuk meniru apa yang dilakukan oleh rakan sebaya
mereka dan jika mereka memilih untuk meniru aksi rakan-rakan mereka untuk
merempit ini mereka tidak memikirkan bahawa perkara tersebut adalah salah dan
ia menganggap perkara itu betul ekoran rakan-rakannya melakukan aktiviti
sedemikian.
Punca yang menyebabkan berlakunya gejala rempit ini juga
adalah kerana gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri.Kebanyakkan
remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang
berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit ini kerana kita dapat
lihat dengan jelas risiko yang mereka hadapi jika mereka melakukan kegiatan
merempit ini.Mereka tidak memikirkan bahawa terlalu banyak kesan negatif yang
akan mereka perolehi disamping itu juga mereka akan membahayakan pengguna jalan
raya yang lain.Remaja yang terlibat ini juga adalah golongan remaja dibawah
umur dimana mereka masih lagi memerlukan bimbingan dan pengawasan dari ibubapa
mereka.Selalunya juga mereka yang terlibat ini adalah masih diperingkat sekolah
menengah.
Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya gejala ini
ialah kurangnya pengawasan dari ibubapa dan ibubapa itu sendiri tidak mengambil
cakna tentang aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka.Malah anak-anak
yang bersekolah ini diberi motosikal oleh ibubapa mereka untuk kegunaan untuk
kesekolah sebaliknya anak-anak mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti
merempit dimalam hari dan ibubapa mereka tidak mengetahui apa yang telah anak
mereka lakukan pada sebelah malam.Ibubapa pulla tidak mempersoalkan kemana anak
mereka pergi dan aktiviti yang anak-anak mereka lakukan tanpa pengetahuan
mereka.
Langkah-Langkah Pencegahan
Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.
Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu
diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan
awam ini. Akta Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus dipinda
untuk diberi kuasa menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan
segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng
jalanan. Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan
mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar
berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau
telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney
jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum
membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas. Samseng jalan
raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman
penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda.
Bagaimanapun hukuman itu hanya untuk remaja yang berumur atas 18 tahun manakala
yang berumur bawah 18 tahun, mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan
Kanak-kanak.
Golongan ini harus diperangi habis-habisan dengan
melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu,
operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara
konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Kebiasannya
sekatan jalan raya hanya dilakukan ketika hujung minggu sahaja. Namun, gejala
rempit sekarang tidak hanya bertumpu kepada hari minggu sahaja, malahan pada
hari-hari lain juga. Gejala ini harus ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas
yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk
tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini
sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk
menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar. Gejala mat
rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat
kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan
secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke
pangkal jalan.
Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.
Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.
Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk
mewujudkan satu lagi litar lumba yang strategik iaitu di Bukit Jalil selain
mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram.
Pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu
mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota.
Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan
kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas
terhadap mereka. Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik,
sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Ini kerana,
kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup
dalam kemiskinan. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi
pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi
mereka yang disabitkan kesalahan. Pendekatan lembut dan pendektan keras harus
diambil bagi menangani isu mat rempit. Tiada istilah kompromi dalam membendung
gejala mat rempit ini. Sebagai anggota dalam masyarakat, setiap dari kita harus
memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu dan gejala ini.
Kesan Buruk Akibat
Merempit
Hari ini isu mat rempit semakin hangat diperkatakan sama ada media massa atau media cetak. Mat rempit ini bukan sekadar merempit sahaja tetapi mereka ini juga turut terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti berjudi, mengambil minuman keras, memukul dan sebagainya. Walaupun merempit ini mendatangkan banyak kesan buruk pada diri seseorang individu itu dan juga orang disekelilingnya namun mat rempit tetap tidak sedar dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa isu mat rempit ini akan ada penyelesaiannya.
Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini
ialah, gejala merempit ini ialah Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau
akhlak dalam kalangan remaja. selain itu masalah merempit ini juga akan
menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan seperti yang
berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain. Namun,
perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini
ialah ianya terdiri daripada orang islam terutamanya kaum melayu yang kita tahu
sejak kecil lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.
Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan
kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai
dan cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit. Sikap
menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian
daripada pemandu kita takut ketika memandu di jalanraya kerana mereka takut
akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.
Masalah merempit ini juga akan menyebabkan meningkatnya
masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan
sebagainya. Merempit seolah-olah menjadi satu pesta bagi budak-budak muda iaitu
golongan remaja untuk melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.
Selian itu. gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga
memberikan kesan kepada pasukan keselamatan dan Negara. Contohnya isu merempit
yang semakin hari semakin meruncing ini akan menyebabkan imej pasukan tercemar.
Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka
walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk
membanteras masalah merempit ini. Mat rempit ini juga seolah-olah bermain
dengan undang-undang dan mencabar undanag-undang. Mat rempit ini juga
menjejaskan imej Negara terutamanya di mata pelancong yang datang melancong ke
Negara kita ini.
Masalah merempit ini juga akan menyebabkan pembaziran masa
dan pendapatan Negara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa
menjalankan pelbagai kempen penguatkuasaan undang-undang dan program-program
khas bagi mengatasi masalah merempit ini.
Gejala merempit ini juga turut menggangu ketemteraman awam.
Sebagai contoh mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan
perumahan awam akan mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Bunyi bising yang
terlaku kuat dari enjin motosikal mat rempit ini juga boleh menyebabkan
berlakunya masalah pencemaran bunyi.