Contoh Karangan Memperkenalkan Budaya Malaysia Terhadap Masyarakat Luar [Memorandum]
Kepada
: YB
Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan
Daripada
: Pengerusi Persatuan Kebudayaan dan
kesenian Daerah Kulim
Memorandum
tentang Memperkenalkan
Budaya
Malaysia Terhadap Masyarakat Luar
1.0
Pendahuluan
Dasawarsa,
sektor pelancongan telah diiktiraf sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelancongan melaporkan
bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah berkunjung ke Malaysia pada tahun
2011 dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40 bilion. Bagi tujuan promosi
pula, sebanyak RM150 juta telah diperuntukan untuk mempromosikan Malaysia di
luar negara. Meskipun sector perlancongan telah berkembang maju, namun negara
ini kekurangan promosi untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita kepada
masyarakat luar. Menyedari hal ini, Persatuan Kebudayaan dan Keseniaan Daerah
Machang telah menghantar memorandum ini untuk mengemukakan kekuranagn promosi
tersebut dan juga usul untuk meningkatkan usaha mempromosikan budaya dalam
sektor perlancongan.
2.0
Penyataan Kekesalan
Pihak
Persatuan berasa kesal tentang kurangnya promosi tersebut kerana industri
perlancongan boleh menjadi wahana untuk memperkenalkan budaya masyarakat
tempatan kepada masyarakat luar negara.
2.1 Kurangnya
Agensi Perlancongan Mempromosikan Budaya
Industri pelancongan di
Negara Malaysia ini semakin pesat membangun tetapi kekesalan yang timbul adalah
apabila industri kita kekurangan agensi-agensi pelancongan mempromosikan budaya
tempatan. Ramai bilangan pelancong yang yang tidak
mengetahui kesemua budaya-budaya yang wujud di Malaysia. Agensi-agensi yang
menjalankan promosi ini biasanya hanya mempromosikan pakej-pakej yang dianggap
menguntung seperti lawatan ke tempat menarik dan mengurangkan promosi terhadap
pakej kebudayan tersebut. Pelancong-pelancong hanya mengetahuinya apabila
datang ke tempat kebudayan itu sendiri.
2.2
Kurang Sokongan daripada
Rakyat Tempatan
Tidak dapat kita nafikan bahawa peranan rakyat
tempatan sebagai tulang belakang kepada usaha untuk mengangkat nama Malaysia
sebagai destinasi pelancongan dunia. Walau bagaimanpun, rakyat tempatan kurang
menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana kurang meminati terhadap
kebudayaan yang wujud di negara ini malahan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi
memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan tidak
dipamerkan sama sekali. Di samping itu, dalam perancangan untuk bercuti dan
melancong, rakyat tempatan menjadikan destinasi pelancongan luar negeri sebagai
pilihan. Mereka terlalu taksub untuk melancong ke luar negara.
3.0
Usul
Yang berikut merupakan usul untuk meningkatkan usaha
tersebut.
3.1
Mempromosikan Budaya
Dalam usaha untuk memasarkan
jenama Malaysia sebagai destinasi pelancongan
yang patut dikunjungi dan memperkenalkan budaya tempatan terhadap
pelancong luar negara peranan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menubuhkan
agensi perlancongan adalah penting. Agensi-agensi ini memainkan peranan dalam
mempromosikan budaya tempatan dan produk pelancongan kepada warga dunia kerana
kata “orang tak kenal, maka tak cinta”. Tamsilannya, baru-baru ini Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan acara “Malaysian
Kitchen” di kota London untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tempatan
kepada warga Britian. Acara ini didapati telah mendapat sambutan yang hangat
daripada warga negara berkenaan. Selain
itu, Kementerian Pelancongan juga aktif menyertai pameran-pameran
pelancongan terutama di pasaran baharu yang berpotensi besar seperti
negara-negara Timur Tengah dan Eropah Timur. Tuntasnya, promosi yang telah
diatur sudah pasti akan merancakkan sektor pelancongan di Malaysia.
3.2
Peranan Masyarakat dan Pihak yang Bertanggungjawab
Masyarakat tempatan hendaklah
menyokong aktiviti pelancongan domestik kerana “bertepuk sebelah tangan, tak
akan berbunyi”. Sementalahan pula, sebagai tuan rumah kepada para pelancong,
warga tempatan hendaklah mempamerkan sikap ramah dan berbudi bahasa bagi
memastikan para pelancong selesa dan berasa kehadiran mereka dialu-alukan. Di
samping itu, jika merancang untuk bercuti dan melancong, rakyat tempatan
hendaklah menjadikan destinasi pelancongan tempatan sebagai pilihan. Mereka
janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan
apabila terlalu taksub untuk melancong ke luar negara. Intihanya, warga
tempatan diharapkan agar lebih bersikap patriotik untuk memacu pertumbuhan
ekonomi negara menerusi sektor pelancongan. Budaya bahu-membahu antara pihak kerajaan,
swasta, dan warga tempatan penting demi kelangsungan sektor pelancongan
domestik. Kita berkeyakinan bahawa pada masa akan datang adalah tidak mustahil
industri pelancongan tempatan akan standing dengan negara-negara yang telah
sedia tersohor dalam bidang pelancongan. Oleh itu, kita berharap agar destinasi pelancongan
seperti Pulau Langkawi akan setanding dengan Pulau Bali di Indonesia. Akhirul
kalam, impak daripada kemakmuran sektor pelancongan sudah pasti akan
menguntungkan rakyat tempatan yang akan menerima tempias limpahan rezekinya.
4.0 Penutup
Sedar atau tidak, apabila kita melancong dalam negara,
kita sebenarnya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat akan destinasi
pelancongan, kebudayaan, dan warisan negara. Tamsilannya, negara kita kaya
dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi seperti Taman Negara Mulu,
Taman Negara Kinabalu, Melaka Bandar raya Bersejarah, dan Georgetown yang telah
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Sementelahan pula,
masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian budaya dari segi
kesenian, perayaan, dan makanan. Dengan kata lain, kita akan lebih memahami
budaya dan adat resam pelbagai kaum rakyat Malaysia jika melancong dalam
negara. Oleh yang demikian, akan timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah
air.
Disediakan oleh,
12
Mei 2013
(ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH)
Pengerusi
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian
Daerah Kulim