Contact Form

Rabu, 19 Julai 2017

Masalah Yang Dihadapi dan Usaha Membantu Golongan Orang Kurang Upaya

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka hendaklah diberi untuk menangani kehidupan seperti anggota masyarakat. Bilangan OKU semakin bertambah. OKU sudah mendapat pembelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini.

Masalah yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya

Antara masalahnya ialah sikap majikan. Majikan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap OKU iaitu tidak boleh berdikari dan perlu bantuan dan sokongan orang lain. Golongan kurang berupaya dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka. Masalah pergerakan dan tindak balas yang lambaat akan menghalang proses kerja mereka.


Seterusnya ialah tanggapan masyarakat yang negatif. Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU. Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal. Mereka dipandang rendah oleh golongan normal dan ada dalam kalangan mereka mempunyai perasaan rendah diri.

Bukan itu sahaja, masalah lain ialah masalah perlindungan ahli keluarga. Ahli keluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin OKU akan dapat berdikari atau bekerja. Mereka hanya mengurus OKU sahaja tanpa mendidik anak untuk berdikari. Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja normal. Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi memberi kemahiran menguruskan hidup seperti orang normal.

Selain itu, kekurangan maklumat, sokongan, dan khidmat nasihat. Akses  maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal. OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan kemahiran, pekerjaan, dan peluang ekonomi. Di pusat penjagaan atau badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada kaunselor untuk mendapat pandangan, motivaasi, dan sokongan untuk berjaya.

Di samping itu, golongan OKU juga menghadapi masalah sokongan dasar dan perundangan. Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKu dari aspek kewajipan majikan atau pejabat kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif. Kebanyakan melibatkan pekerjaan yang kurang yakin dengan kemampuan OKU. Sektor awam pula tidak banyak menawarkan pekerjaan produksif kepada golongan OKU. Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal  dan dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan negara.

Usaha untuk membantu golongan kurang upaya

Antara usahanya ialah memberi keyakinan kepada golongan OKU. Hal ini demikian dapat dilakukan dengan meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif golongan OKU menerusi program yang berkesan. Program pemulihan baru bagi selaras dengan perkembangan semasa dapat diwujudkan.

Seterusnya, meyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU. Penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan penyediaan kemudahan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidkan sepanjang hayat.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan mahupun sektor swasta perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Hal ini demikian dapat menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan. OKU dapat bekerja sendiri dan berdikari. Insentif perlu diberi kepada golongan OKU. Pelbagai skim perlu diwujudkan bagi membantu menempatkan OKU dalam pekerjaan. Sebagai contohnya, menyediakan elaun pekerja cacat. Selain itu, perlunya melatih OKU yang berpotensi dengan membekalkan mesin atau alatan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka bekerja dari rumah.

Di samping itu, usaha lain ialah menyediakan perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU perlu dimantapkan. Hal ini demikian bertujuan untuk menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial. Mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU perlu dimantapkan. Masyarakat juga perlu mengubah persepsi negatif terhadap golongan OKU. Pandangan negatif masyarakt terhadap golongan OKU hendaklah diubah. Sumbangan golongan kurang upaya dalam setiap program atau aktiviti masyarakat perlu diambil kira.

Penutup

Kesimpulannya, masalah OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan profesional. Kerajaan memperuntukan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak swasta juga perlu menghulurkan baantuan. Walau bagaimanapun, usaha tersebut turut memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada masyarakat.


Sumber
Label : views