Ad Code

Responsive Advertisement

Masalah dan Langkah Memelihara Biodiversiti Dunia

Contoh Karangan Masalah dan Langkah Memelihara Biodiversiti Dunia

Pengenalan

Majalah estidotmy, February 2007 menulisdifinisi biodiversiti sebagai kepelbagaian biologia atau "biodiversity" didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk dalam kelompok spesis dan antara spesis dan ekosistemnya.

Masalah atau Cabaran Biodiversiti Dunia
  • Kegiatan pembangunaan dan eksploitasi ekonomi oleh manusia telah mengubah dan sekali gus menghapuskan habitat dan keseimbangan biodeversiti.
  • Kerakusan penerokaan hutan khasnya Hutan Hujan Khatulistiwa dan Hutan Tropika dengan tujuan mengaut keuntungan juga menjadi punca terjejasnya biodiversiti dunia.
  • Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancong eko adalah satu aktiviti penting yang boleh mendatangkan hasil kepada negara membangun.
  • Penukaran tanah untuk pertanian, perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.
  • Perubahan iklim dunia dan faktor semulajadi seperti bencana alam juga merupakan cabaran bagi pengekalan biodiversiti dunia. Antaranya ialah seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami di Malaysia menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.
  • Sikap pengguna yang mengunakan sumber biologi secara tidak lestari  atau tidak mesra alam seperti akyiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu ajenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.
Langkah-Langkah Memelihara Biodiversiti Dunia
  • Mengadakan bengkel mengenai pengurusan biodiversiti. Dengan adanya bengkel seperti ini boleh memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat tentang keentingan penjagaan kepelbagaian biologi.
  • Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan  (R&D). Contohnya Taman Teknologi Malaysia (TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh dugunakan daripada hasil khazanah alam negara.
  • Mengetatkan kawalan dan melakukan pemantauan yang lebih telus. Antara teknologi konservasi biodiversiti dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti Pembalakkan dan Pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat.

Catat Ulasan

0 Ulasan