tag:blogger.com,1999:blog-602432304711049562024-02-03T15:35:28.909+08:00Stpm StudySumber Rujukan Untuk Membantu Para Pelajar Dalam Penulisan Eseistpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comBlogger223125tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-59108984204569566552021-11-20T17:40:00.006+08:002021-11-20T20:53:47.225+08:00Baik Buruk Ipad/Android Terhadap Kanak-Kanak
Apakah kesan baik dan buruk kanak-kanak untuk masa depan jika bapa membiarkan mereka menggunakan ipad/android?
Kehadiran teknologi seperti ipad yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan juga dapat mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ibu bapa juga bersetuju teknologi boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan dan hiburan kepada anak- anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada ipad dan android samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik.
Kesan Buruk
1. Menganggu waktu tidur
Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar bagi anak-anak yang selalu sibuk pada masa kini kerana sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan pula, jika tempoh bermain ipad dan android kira-kira puratanya sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik, seperti daripada menggunakan komputer,ipad, telah dibuktikan boleh mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur). Mereka terlalu leka dengan aplikasi didalam ipad tersebut.
2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.
Apabila kita menggunakan teknologi seperti komputer, ipad, permainan, dan televisyen, kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif atau kurang bercakap.
3.Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat
Kajian telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan ipad,televisyen, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kurangnya perhatian.
4.Mengganggu prestasi disekolah
Berdasarkan kajian, Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ipad lebih cenderung untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca buku-buku. 
5. Kurang aktiviti fizikal.
Boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak yang menonton atau menggunakan teknologi seperti ipad secara berlebihan.
6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak video yang boleh dimasukkan kedalam ipad tersebut yang menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
Kesan Baik
Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception) Pengetahuan kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dan apa yang betul.
1. Dapat mengikuti perkembangan teknologi
Kini kanak-kanak dibesarkan dengan pemainan video dalam ipad dan jarang sekali mereka bermain diluar rumah seperti dahulu kala iaitu bermain permainan tradisional. Oleh itu, kanak-kanak dapat mengikuti perkembangan teknologi dan permainan terkini dalam ipad tersebut.
2.Dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan teknologi
Meningkatkan motivasi terhadap kanak-kanak serta membolehkan pembelajaran kendiri, mengakses maklumat yang sukar diperolehi, Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar meningkatkan kreativiti dan imaginasi pembelajaran berkesan dengan bimbingan ibubapa.
3.Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
Kanak-kanak dapat mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka dengan menggunakan ipad. Perisian di dalam ipad dapat lebih menarik kerana bercorak intetraktif.
4.Dapat mengikuti perkembangan video game
Kanak-kanak tidak akan cepat merasa boring dan tidak keluar rumah seandainya terdapat permainan video game yang terbaru. Ibubapa tidak mudah merasa resah apabila keluar rumah kerana rasa selamat akan keselamatan kanak-kanak. Ini kerana mereka leka bermain video game dan tidak merengek untuk keluar rumah.
5. Bahan dapat digunakan berulangkali
Kanak-kanak boleh merekod suasana pembelajaranya di tabika. Kemudian kanak-kanak tersebut dapat menonton kembali video tersebut. Ini akan mempercepatkan lagi pembelajaran mereka.
6.meningkatkan prestasi akademik
Belajar menggunakan komputer boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu melalui ipad.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-15619071067605241222021-11-20T17:27:00.003+08:002021-11-20T17:28:01.638+08:00Kepentingan Amalan Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-7109098634235223982021-11-20T02:39:00.002+08:002021-11-20T02:39:18.882+08:00Kesan Ketidakstabilan Politik Terhadap Sesebuah Negara
Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa serta kesan ketidakstabilan ini dari sudut skop mikro dan makro.
Ketidakstabilan politik sesebuah negara berpotensi membawa kepada pelaksanaan dan tindakan-tindakan luar jangka seperti rusuhan, demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Melihat kepada keadaan ini, terdapat kemungkinan negara tersebut akan mengalami implikasi negatif. Antara kesan dalam tempoh jangka pendek adalah sekiranya rusuhan yang berlaku melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya. Manakala jumlah perusuh atau penunjuk perasaan yang ramai dari pelbagai kawasan berkumpul di satu kawasan tertentu sahaja akan mengurangkan jumlah pembeli di tempat-tempat lain sekaligus menganggu aktiviti ekonomi amnya.
Di samping itu, sesebuah negara sama ada pemimpin mahupun rakyat akan berhadapan dengan kesan jangka panjang disebabkan ketidakstabilan politik yang berlaku di negara tersebut. Ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut. Keadaan kerajaan yang terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku merupakan antara kesan jangka panjang yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu.
Tidak dapat dinafikan, dari sudut mikro ataupun skop yang kecil, rakyat yang terlibat ataupun penunjuk perasaan merupakan yang paling terjejas kerana ilmplikasi ketidakstabilanpolitik ini. Kemusnahan harta benda awam dan barangan peribadi serta permusuhan dan pergaduhan yang besar akan berlaku dan perlu ditanggung oleh rakyat seluruhnya. Kemusnahan materialistik serta keruntuhan nilai-nilai murni oleh sebab permusuhan dan perpecahan seterusnya akan memecahbelahkan perpaduan dalam sesebuah negara. Malahan, risiko kehilangan nyawa serta risiko berlaku keganasan antara pihak yang berlainan dan pertumpahan darah juga berkemungkinan terjadi dan keadaan negara atau sesetengah tempat yang terlibat akan berada dalam keadaan yang tidak kondusif dan tidak selamat.
Meninjau dari aspek yang lebih luas atau skop makro, antara implikasinya adalah akan berlaku banyak kemusnahan harta benda atau material seperti kerosakan jalan, bangunan dan tempat tinggal akan menyebabkan operasi membangun negara dengan prasarana dan kemudahan-kemudahan tertentu menjadi tidak lancar dan tergendala. Tanpa kemudahan dan prasarana, kegiatan ekonomi akan menjadi perlahan kerana pengurangan pengeluaran produk dan kemerosotan angka penawaran perkhidamatan. Suasana ekonomi yang tidak sihat ini menganggu keadaan ekonomi negara tersebut dan barangkali menyumbang ke arah kemunduran negara dalam satu-satu tempoh tertentu. Kesan lain adalah ketidaksepaduan dan pergaduhan sesama rakyat dalam sesebuah negara memberi peluang kepada pihak ketiga untuk mengambil kesempatan atas ketidakstabilan politik yang berlaku. Pihak ketiga ini berkemungkinan melakukan campur tangan dan mengambil alih sektor yang dirasakan memberi keuntungan kepada mereka.
Kesan ketidakstabilan politik turut menjejaskan ekonomi pelbagai golongan yang terlibat, baik secara individu, masyarakat, pihak kerajaan dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada keadaan ekonomi antarabangsa seandainya ketidakstabilan itu membawa kepada rusuhan, tunjuk perasaan, bantahan secara berpanjangan dan melibatkan keganasan. Individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian dan hal yang demikian mengurangkan tahap jangka hayatnya. Kegiatan ekonomi dan sosial individu tersebut akan terganggu dan terjejas. Perkembangan pendidikan akan tergendala. Implikasi kepada rakyat apabila berlaku perpecahan dalam masyarakat, akan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan. Tanpa perpaduan, rakyat akan hidup dalam keadaan tidak selamat dan kondusif. Perpecahan masyarakat akan membuka ruang kepada musuh negara atau pihak luar mengambil kesempatan mendapatkan kepentingan negara sewenang-wenangya. Pihak kerajaan pula akan kehilangan kepercayaan rakyat kerana proses pembangunan dan mengurus negara akan menjadi tergendala dan terganggu dan khususnya kerana ketidakstabilan politik yang terganggu. Hubungan kerajaan dengan negara luar juga akan terganggu kerana keadaan negara yang tidak selamat menyukarkan sebarang kerjasama. Contoh mudah kerjasama serantau yang melibatkan ekonomi adalah kegiatan eksport dan import.
Setiap pihak sebenarnya memainkan peranan yang sama pentingnya dalam memastikan kestabilan politik sesebuah negara. Rakyat perlu berfikir panjang tentang tindakan yang diambil dan pihak kerajaan pula perlu menangani sebarang isu ketidakstabilan politik dan kesan-kesannya secara bijaksana dan saksama. Langkah-langkah yang pragmatik perlu dirancang dan disediakan oleh pihak kerajaan sebagai menghadapi keadaan-keadaan tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Kedua-dua pihak ini khususnya perlu menggunakan pendekatan yang aman dan secara rundingan agar kemaslahatan bersama dan kepentingan ekonomi sesebuah negara khususnya dapat dipelihara dari sebarang ancaman dalam dan luar negara. Proses membangun dan mentadbir sesebuah negara merupakan usahasama oleh rakyat dan pemimpin. Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-47089788995838434462021-11-20T02:36:00.004+08:002021-11-20T02:36:57.110+08:00Kelebihan Tadbir Urus yang Baik Kepada Rakyat dan Negara
Tadbir urus yang baik dapat meningkatkan keupayaan negara bagi mencapai matlamat negara serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Tadbir yang baik mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.
Negara yang ditadbir urus dengan baik akan meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Organisasi kerajaan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan adalah prosedur dan polisi yang jelas. Pemantapan integriti melahirkan sumber manusia yang cekap dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara efisien. Urusan di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan menjadi sitematik dengan adanya piagam pelanggan dan polisi yang dipatuhi setiap kakitangan kerajaan.
Selain itu, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan imej negara. Tadbir urus baik dapat meningkatkan keselamatan negara di samping menjaga kedaulatan negara. Kemakmuran dan kesejahteraan ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia. Malaysia turut dijadikan negara contoh oleh negara lain dalam pentadbiran. Sebagai contoh, pelaksanaan Islam Hadhari menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Kecekapan pentadbiran ini menunjukkan Malaysia berupaya menyelesaikan pelbagai pertikaian atau masalah dalaman negara dengan baik.
Tadbir urus baik bukan sahaja membawa manfaat kepada kerajaan melahan rakyat juga mendapat faedah daripadanya. Antara kebaikannya ialah kesejahteraan rakyat akan meningkat. Pembangunan negara berjalan lancar kerana negara ditadbir urus dengan baik. Pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni. Perkhidmatan awam yang semakin baik memudahkan rakyat hidup mencapai kemajuan pelbagai bidang. Maka, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk.
Seterusnya, tadbir urus yang baik turut memudahkan urusan orang ramai. Perkhidmatan kerajaan yang cekap memudahkan urusan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan. Rakyat tidak perlu menunggu dalam tempoh yang panjang. Perkhidmatan dalam talian juga memudahkan rakyat berurusan dengan pelbagai organisasi. UTC dan RTC turut memberikan kemudahan yang banyakkepada penduduk Malaysia. Selain itu, rakyat dapat melakukan pelbagai urusan walaupun sepelas waktu pejabat.
Tadbir urus yang baik dapat menggalakkan budaya dan nilai yang baik dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana tadbir urus baik dapat mengurangkan amalan rasuah dalam kalangan masyarakat. Setiap rakyat mendapat peluang yang sama dalam pengagihan ekonomi dan dilayan sama rata menurut perlembagaan. Hal ini mengelakkan pergaduhan antara kaum di samping mengurangkan tunjuk perasaan ataupun mogok. Tadbir urus yang mementingkan integriti dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat supaya mengamalkan sikap yang positif.
Kesimpulannya, tadbir urus yang baik dapat memudahkan urusan pelbagai pihak di samping dapat mengurangkan masalah ekonomi, politik dan sosial. 
Sumber
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-84549345998347176872021-11-20T02:32:00.003+08:002021-11-20T02:32:25.651+08:00Isu Pencemaran Bahasa
Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa yang melibatkan struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan "bahasa rojak" dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang enteng oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadi ‘lingua franca’ kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang rendah martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memperkasakan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang proaktif dan efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat dikekalkan.
Antara langkah untuk membendung masalah pencemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Sebagai contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai. Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang bahasa yang betul, bak kata pepatah, “Sambil menyelam minum air”.
Pihak kerajaan pula perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan masalah pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.
Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang gramatis dalam sektor kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah ini, semua pegawai dan kakitangan kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat ataupun melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”. Dengan cara ini, masalah pencemaran bahasa dapat diminimumkan.
Pihak kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong asing datang ke negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan bahasa yang salah, seterusnya masalah pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan cara ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.
Peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha untuk mengatasi masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak-anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini tidak mendatangkan maslahat langsung kepada anak-anak, ibu bapa, ataupun negara malahan semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk mengutamakan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan agar "tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas".
Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-69922335566997611982021-11-20T01:23:00.005+08:002021-11-20T01:27:50.637+08:00Kesan revolusi perindustrian di England 
Pengenalan
Revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun (1760 – 1860). Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun (1860 – 1914). Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
Revolusi perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam bidang ekonomi. Antara kesan Revolusi Perindustrian dalam bidang ekonomi ialah kemajuan dalam pertanian, perkembangan dalam industri tekstil, kemunculan bandar perusahaan, perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan serta perkembangan dalam industri batu, besi, dan keluli. 
Isi-isi Penting
Kesan Ekonomi
(1) Kemajuan Dalam Pertanian
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah perjanjian. Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka. Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah awam dijadikan tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshed. Dalam sistem penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud. Sebaliknya tanah rang ditanam dengan tanaman rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen di dalam tanah. 
Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham. Beliau member sumbangan dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Beliau memperkenalkan tanaman akar seperti lobak putih, parnsnip, Swedes, dan mangolds. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Beliau mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri yang terbaik.
Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan. Petani juga terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan petani. Kemajuan dalam pertanian menyebabkan pelbagai kaedah baharu diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini digunakan untuk menggali lubang dan menabur benih pada jarak tertentu. Kaedah ini juga memudahkan petani kerja menggemburkan dan membersihkan tanah pertanian.
 (2) Perkembangan Dalam Industri Tekstil
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Penemuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat. Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England. John Kay, James Hargreaves, Edmund Cartwight, Sir Richard Arkwight, dan Samuel Crompton merupakan tokoh yang mencipta mesin dalam industri tekstil.
 (3) Kemunculan Bandar Perusahaan
Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air.
(4) Perdagangan
Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat. Perdagangan antarabangsa menyebabkan negara industri menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran. Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian.
(5) Kemajuan Dalam Bidang Pengangkutan
Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang baik disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran. Antara tokoh yang memberikan sumbangan dalam pembinaan jalan raya ialah John Metcalf, Thomas Telford, dan John McAdam. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap direka oleh George Stephenson pada tahun 1825. Pada tahun 1761, James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
(6) Perkembangan Industri Arang Batu, Besi, Dan Keluli
Revolusi Peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli meningkat. Perkenbangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu turut meningkat. Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain dalam pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder, Abraham Darby the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir William Siemens, dan Sir Henry Bessemer merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan keluli.
Kesan Sosial
(1) Pertambahan Penduduk
Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England. Antara tahun 1800 dan 1850, bilangan penduduk di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor yang menyebabkan pertambahan penduduk adalah seperti peningkatan taraf hidup, kemajuan dalam kesihatan, pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi penduduk.Pertambahan penduduk menyebabkan berlaku penghijrahan penduduk ke luar negara seperti India, Australia, dan China.
(2) Perubahan Gaya Hidup
Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Revolusi ini menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula merosot.Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Dalam konteks ini, status keturunan tidak menentukan kejayaan seseorang.
(3) Kemunculan Golongan Kelas Menengah
Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul golongan kelas menengah yang mempunyai kuasa politik. Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen. Golongan ini menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan pekerja dalam parlimen. Antara tokoh yang memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England ialah David Ricardo. Pada abad ke-18, ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.
(4) Kemunculan Golongan Proletariat
Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Mereka terdiri daripada pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian. Golongan pekerja melancarkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi membantah penggunaan jentera di kilang-kilang.
(5) Kepupusan Industri Kecil
Revolusi Perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman mereka untuk bekerja di kilang perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan industri kecil yang dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.
(6) Kesesakan Di Bandar Perindustrian
Antara bandar perindustrian yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons. Kesesakan yang berlaku di bandar perindustrian menyebabkan timbul masalah perumahan, kesihatan, dan sanitasi. Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun, dan batuk kering.
(7) Pengkhususan Kerja Dan Pengeluaran Besar-Besaran
Menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran secara besar-besaran. Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.
(8) Ekspoiltasi Terhadap Pekerja Wanita Dan Kanak-Kanak
Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerjadi kilang dan lombong arang batu. Ekspoiltasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada batasan had masa kerja. Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja di kilang selama 13 hingga 15 jam sehari. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta Kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama lapan jam sehari. Pada tahun 1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita bekerja di lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.
Penutup
Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doctor, peguam, dan jurutera. 
Sumber
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-73293180487223069692020-11-21T16:12:00.006+08:002020-11-21T16:16:32.049+08:00Kemelut akibat kekurangan sumber makanan dunia
Prakata
Dalam suku pertama dan kedua tahun 2008, masalah krisis makanan dunia telah mendapat perhatian seluruh negara dunia. Antara perkara yang turut menjadi perhatian dalam kemelut peningkatan harga makanan di pasaran global yang telahpun memberi kesan langsung terhadap harga pasaran bahan makanan tempatan serta masalah kebuluran yang telahpun mula muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia adalah juga merupakan faktor penyebabnya. Di Mesir, ribuan rakyat yang marah dengan kenaikan harga barang, telah membuat tunjuk perasaan memprotes situasi tersebut pada suku pertama 2008. Manakala, beberapa hari sebelum itu akhbar telah melaporkan bahawa para petani di Argentina telah melancarkan mogok kerana membantah dekri presiden pada 11 Mac 2008 yang menaikkan cukai eksport kacang soya sehingga 45 peratus dan turut juga mengenakan duti baru ke atas eksport barangan makanan ruji yang lain
Sementara itu, di Filipina, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemilik gudang dan peniaga yang didapati menyorokkan beras di Filipina akan didakwa atas tuduhan melakukan “sabotaj ekonomi” yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memberi amaran bahawa peningkatan harga makanan yang berterusan dunia boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan suasana politik di seluruh pelosok dunia.
Sekilas Fakta
Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu yang remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijiran dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Sekiranya, pada tahun 2007, rakyat Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran, bayangkanlah keadaannya sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia belum terkesan dengan fenomena ini secara kritikal, namun berdasarkan 'trend' ekonomi dunia, hal ini langsung tidak mustahil boleh melanda negara kita jika kita alpa mengenainya. Justeru kesedaran rakyat dalam menjayakan proses menyelesaikan krisis makanan ini harus bermula dari hari ini lagi .
Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan sinonim dengan negara-negara dunia ketiga, kini menjadi lebih kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkatkan dan mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik hasil kajian Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 700% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras kenaikan tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga akan memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu.Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis yang telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbedung kepada negara-negara tertentu sahaja.
Krisis ini telah memberikan kesan langsung yang menyengsarakan penduduk dunia apabila kita dapat menyaksikan ketidakpuasan hati terhadap kemelut yang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. Rusuhan telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga makanan yang meningkat sebanyak 400%. Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengatakan bahawa di kebanyakan negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih dua kali ke tiga kali ganda untuk makanan akibat daripada kemelut ini. Jika kita soroti sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan.
Punca Krisis
Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan ialah antara alasan yang telah dijadikan sebagai punca berlakunya kekurangan makanan di dunia hari ini. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang pastinya tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti tanah untuk bercucuk tanam dan juga bekalan air yang bersih untuk pengairan penanaman. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga telah dikatakan sebagai faktor penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia dan juga permintaan bahan makanan dunia.
Keadaan ini juga telah dikatakan menjadi bertambah rumit lagi apabila faktor kebolehan pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam seperti El Nino dan La Nina, pencemaran alam sekitar dan perubahan yang ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara keseluruhan. Australia telah dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 dan telah menyebabkan hasil pengeluaran gandumnya menyusut sebanyak 55%. Hasil penuaian daripada China juga telah menyaksikan penurunan sebanyak 15% sepanjang pemantauan daripada Januari 2000. Faktor-faktor ini adalah dikatakan menjadi penyebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yanag boleh diperolehi oleh penduduk dunia pada hari ini.
Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barangan makanan juga telah dikaitkan dengan “kesan penggandaan” kepada beban yang telah pun sedia terhasil akibat daripada kemelut ini. Hal ini adalah kerana, apabila harga barangan makanan meningkat, maka akan menjadi semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut selari dengan sistem ekonomi kapitalis dunia yang digunapakai pada hari ini. Kenaikan harga barangan ini telah dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia dan juga bahan tenaga yang lain yang menjadi keperluan untuk memproses daripada bahan mentah asalnya, mengilang produk dan kos pengangkutan barangan makanan tersebut kepada penjual dan pengguna.
Di samping itu, penghasilan bahan api bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekaligus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan makanan manusia dunia. Pada tahun lepas sahaja 30% daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan Ethanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api bio) dan jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 70% pasaran jagung dunia.
Hakikatnya atau faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Hairan jikalau dikatakan kekurangan bekalan makanan masih berlaku sekalipun apabila sebenarnya tahap pengeluaran makanan dunia pula bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk dunia sedangkan jika dibandingkan antara jumlah penduduk dunia pada tahun 1961 dan 2005 kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Akan tetapi jika kita bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda. Hal ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah saban tahun. Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah pena’kulan yang meleset.
Untuk isu perubahan tabiat makanan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula, realitinya harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita tanya, benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja? Secara logiknya, keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh sebab manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas, berbanding orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak ataupun sebenarnya manusia zaman sekarang ini "membazir" dengan lebih banyak?
Akan tetapi jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa-sisa makanan penduduk dunia kenyataan kedua sebenarnya lebih tepat. Sebagai contoh, setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 billion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, hampir 45 billion kilogram (termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Ironinya, secara purata, 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang melanda dunia sekarang.
Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau, memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang kesan langsung yang akan berlaku. Namun, bencana tersebut bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberikan kesan jangka pendek, bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat. Bencana tidak pernah menjadi kesan berpanjang sehingga surutnya jumlah makanan dunia. Sebagai contoh, di Malaysia, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia (bersifat sementara) setiap tahun, tidak pernah menyebabkan Malaysia berada dalam krisis makanan. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan, masalah ini sebenarnya bukanlah disebabkan oleh ‘kekurangan’ itu sendiri, tetapi kerana wujudnya aktiviti ‘penyorokan’ dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisyen.
Begitu juga dengan permasalahan-permasalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahan api bio. Fenomena ini sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah dan perkara itu belum lagi mengambil kira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan di pasaran hadapan (future market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tamak dan tidak realistik.
Penyelesaian
Strategi pendekatan asas ini adalah berasaskan kekuatan-kekuatan asas yang terdapat dalam dunia. Kekuatan tersebut adalah: Tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber tenaga manusia yang banyak dan kekayaan dari sumber alam semula jadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat dalam dunia usaha pertanian akan difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan dua perkara – penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan sistem pertanian melalui penerapan nilai proaktif. Hal ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru dan pemberian tanah secara percuma kepada mereka yang mampu mengerjakannya. Subsidi pertanian juga akan diberikan secara meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan.Selain itu, sistem pengangkutan yang efisyen juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan.
Dari aspek sumber air, tuhan telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada kaum manusia. Di dunia, terdapat lebih daripada 150 billion meter padu air permukaan (sungai,tasik dll.) dan ini tidak termasuk sumber bawah tanah (7734 billion meter padu) yang cukup untuk seluruh penduduk dunia! Yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak masalah pertanian pasti tidak akan muncul. Namun sumber ini perlu diuruskan dengan sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.
Penutup
Krisis makanan dunia adalah satu krisis kemanusiaan yang wajib diselesaikan dengan secepat mungkin dan terbaik mampu. Langkah-langkah kerajaan Malaysia untuk mengadakan jumlah pengeluaran makanan perlu disahut oleh semua peringkat masyarakat Malaysia. Projek menjadikan Sarawak sebagai Jelapang Padi Kedua Negara akan mampu kelak mengurangkan kebergantungan kita kepada beras import dari luar negara. Usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion pertanian serta membuka lebih banyak lagi kawasan yang baru serta juga usaha kerajaan untuk meningkatkan kajian dalam bidang pertanian bio-teknologi negara wajar diberikan tumpuan yang lebih oleh semua pihak.
Natijahnya, cara untuk menyelesaikan krisis makanan pada peringkat negara, adalah dengan cara kita mengurangkan atau menamatkan terus pergantungan kita kepada pihak luar untuk sumber-sumber tersebut. Oleh itu, marlah kita menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan semula sistem ‘Buku Hijau’ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kedua kita iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Kita juga mestilah mampu berdikari dalam semua aspek demi meniti arus pembangunan dunia dan cabarannya seperti yang sentiasa diterapka oleh mantan Perdana Menteri Keempat kita iaitu YBhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kita juga perlu mengambil serius pendekatan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kelima iaitu YBhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha beliau untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang hasil bumi bertuah ini jika diusahakan dan juga usaha beliau untuk memartabatkan Industri Pertanian Negara melalui pendekatan moden seperti bio-teknologi dan juga pertanian secara moden dengan menggunapakai teknologi moden dan jentera peralatan yang canggih.
Akhir kata, marilah kita sentiasa mengingati pesanan kelima-lima Perdana Menteri kita bahawa kita perlu menghargai dan bersyukur dengan segala rezeki kita dan menghentikan pembaziran lantas memelihara dan memulihara alam sekitar kita, demi masa depan kita. Seperti kata Perdana Menteri kita, bahawa kegiatan ‘future trading’ bahan makanan ruji dunia seperti gandum dan beras mesti dihentikan serta merta oleh dunia. Hal ini adalah kerana jika dibiarkan berterusan para spekulator ini akan akhirnya membawa musibah seperti yang telah dilakukan oleh mereka kepada harga minyak dunia kepada harga pasaran makanan dunia pula. Kita tidak akan mewariskan alam sekitar kita kepada anak cucu kita kelak kerana sebenarnya kita hanya meminjamknya daripada anak cucu kita. Oleh itu, mari kita pulangkan semula yang terbaik kepada generasi mereka.
 Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-59790834777469835352020-11-13T01:32:00.002+08:002020-11-13T01:32:14.478+08:00Isu Pengangguran Dan Cara Mengatasinya
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.
Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku.
Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. 
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. 
Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. 
Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. 
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. 
Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. 
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-91763389968989299242020-11-13T01:23:00.009+08:002020-11-13T01:26:36.174+08:00Langkah-Langkah Melahirkan Modal Insan
Pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah memperluas akses kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Misalnya sebanyak RM 6.3 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan, dan peralatan serta mermatabatkan profesion guru. Pelbagai bantuan disalurkan kepada pihak sekolah bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus dipertingkatkan. Misalnya, yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para pelajar juga akan diberi sebanyak RM 100 bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 untuk membeli buku-buku rujukan.
Langkah seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggiialah memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah. Dalam memantapkan bidang pendidikan pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi. Misalnya, kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran modal insan guru-guru. Kerajaan juga berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kerajaan telah mengambil 375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkat pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Langkah lain untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kerajaan telah memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju.Misalnya, dengan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional di setiap negeri seperti Kolej Vokasional Kuching di Sarawak dan Kolej Vokasional Shah Alam di Selangor. Di negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana pendidikan tersebut menyediakan prospek kerjaya yang baik. Misalnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.
Langkah berikutnya ialah dengan mempergiat program latihan dan kemahiran. Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Misalnya, kerajaan menyediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan lain juga digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran. Misalnya,melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Langkah akhir dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ialah memperkasa pengajian tinggi. Menambah peratusan staf akedemik berkelulusan PhD. Misalnya, penambahan staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 % bagi universiti penyelidikan dan 60 % bagi IPTA yang lain. Para pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat. Misalnya, kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-70608776463867023772020-02-16T12:52:00.000+08:002020-02-16T12:52:56.253+08:00Punca Punca Keracunan Makanan
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Dasawarsa ini, jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara drastik. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keracunan makanan bermaksud termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit. Berdasarkan statistik laman sesawang ‘Malaysiakini’, bilangan kes yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas (purata sekitar 8,000 setahun) mengalami kes keracunan makanan dan hanya segelintir daripadanya, tidak melaporkan kes yang boleh dikategorikan berbahaya. Berdasarkan laman sesawang ‘kpkesihatan’, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, berdasarkan pemantauan yang dilakukan sehingga 16 April 2016, sebanyak 60 episod keracunan makanan (KRM) dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara yang melibatkan 2,325 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 47 (78.3%) episod berlaku di sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan 1,900 orang warga sekolah; manakala selebihnya melibatkan sekolah di bawah agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan sekolah swasta. Hal Ini menunjukkan bahawasanya keselamatan makanan terutamanya di negara Malaysia dikategorikan berada di paras berbahaya yang boleh membuatkan individu tidak sihat malahan boleh membawa maut. Apakah punca masalah makanan menjadi beracun? Adakah masalah ini boleh diselesaikan?
Keselamatan makanan boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan. Keadaan pertama yang boleh diketengahkan adalah berpunca daripada sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab. Tambahan pula, ramai orang mengambil jalan pintas untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak berkat dengan melakukan kerja tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan racun serangga berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian kerana, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan pelanggan mereka. Dalam hal ini pengguna yang akan menjadi mangsa keadaan. Golongan ini lebih mengutamakan “output” sesuatu makanan dan mengabaikan keselamatan makanan tersebut. Orang-orang tua pernah berkata bahawa disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. Oleh itu, jelaslah bahawa keselamatan makanan berkait rapat dengan sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab.
Makanan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna juga merupakan salah satu faktor keselamatan makanan tidak terjaga. Makanan perlu diselenggara dengan baik dan bersih terutamanya apabila melibatkan pemindahan makanan dari sebuah kenderaan ke kenderaan yang lain. Selagi kita dinamakan manusia, kecuaian acap kali berlaku seperti makanan terjatuh di permukaan bumi. Tambahan pula, sikap manusia yang memandang remeh terhadap makanan yang perlu diasingkan antara bersih dan rosak apabila melakukan penyenlenggaran makanan tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah, makanan tersebut dibawa kepada pembeli, penjual dan sebagainya. Perkara ini akan berterusan sehinga menyebabkan seseorang individu itu jatuh sakit. Apabila hal ini berlaku maka wujudlah kisah si bangau. Semua pihak saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.
Pada era modeninasi ini, antara masalah makanan yang tidak begitu diberikan perhatian oleh pembeli atau pengguna ialah isu yang berkaitan dengan tarikh luput. Hanya pihak media massa yang agak memberikan tumpuan terhadap isu ini. Media massa acap kali memaparkan sebuah kedai tidak menukar ganti makanan yang tarikhnya luput dengan makanan yang baru. Masalah ini akan berterusan melainkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang lebih tegas dengan memberi amaran dan denda sewajarnya kepada golongan yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan makanan yang diimport dari negara jiran menggunakan jalan belakang telah membuka peluang bagi mereka menjana pendapatan kerana makanan tersebut murah untuk dibeli oleh orang kita. Makanan yang diimport itu belum tentu dari sumber yang halal malahan mungkin merisikokan nyawa mangsa yang memakannya.
Selain itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah dijual secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan merupakan penyebab seseorang individu jatuh sakit. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak dengan sempurna ataupun sebaliknya. Kajian di luar negara, mendapati bahawa seseorang itu akan mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan kuman, masalah percenaan makanan dan seumpanya sekiranya individu tersebut makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau mentah seperti makanan Jepun (sushi) Malahan, ia akan merosakkan sistem dalam badan kita. Badan kita tidak mendapat zat, protein dan nutrien secukupnya sekiranya pemakanan ini menjadi tabiat seharian kita. Masalah ini akan berterusan sehingga sampai suatu tahap badan kita merasa lesu dan tidak bermaya untuk melakukan perkejaan. Maka, doktorlah tempat kita akan merujuk. Ada peribahasa menyatakan bahawa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kita jangan menjadi orang yang sedemikian.
Masalah-masalah yang kita bincangkan sebentar tadi, kita dapat selesaikan atau meneutralkan balik tentang masalah makanan tersebut. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menaik taraf sistem kawalan berkenaan makanan di negara kita. Tambahan pula, pelaksanaan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia untuk mencari rezeki. Pengambilan pekerjaan dalam bidang ini juga perlu diberi perhatian kerana mereka bakal memberi kesan kepada pelanggan sama ada jatuh sakit atau sihat. Sistem ini amat penting dan merupakan perkara perdana untuk keselamatan makanan. Salah satu cara untuk menaik taraf sistem kawalan makanan di negara kita ialah membuat pemeriksaan lebih terperinci terhadap semua kedai runcit, kedai kecil-kecilan atau restoran tentang makanan sumbernya datang dari mana. Di samping itu, setiap peniaga perlu mempunyai sijil atau lesen yang sah untuk menjual makanan yang segar. Orang-orang tua pernah berkata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Sesungguhnya, menaiktaraf sistem kawalan berkenaan dengan makanan dapat menyelesaikan masalah makanan.
Konklusinya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya tetapi bergantung kepada komitmen kita sama ada bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan skop yang besar, semua pihat perlu berganding bahu untuk menyelesaikan perkara tersebut umpama bersatu kita teguh, becerai kita roboh. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara yang lepas agar masa hadapan tidak berlaku lagi. Musnahkan benteng yang menahan kita daripada menyelesaikan masalah makanan dan membuat tindakan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-26965031278454925572019-07-15T00:36:00.004+08:002020-11-15T11:30:17.611+08:00Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan merupakan masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada perancangan yang teliti. Hal ini telah diperjelaskan oleh William J. Siegel, iaitu manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang. Oleh itu, ibu bapa perlulah membentuk budaya makan di rumah atau di luar rumah. Galakan agar setiap ahli keluarga duduk bersama-sama di meja makan perlulah diberikan keutamaan. Namun, budaya makan bersama-sama keluarga yang menjadi teras ikatan kekeluargaan semakin dipinggirkan. Anak-anak pada zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan. Punca utama yang dikenal pasti fenomena ini berlaku kerana bersikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam menggalakkan anak-anak makan bersama-sama. Ghalibnya, kebaikan makan bersama dengan keluarga sememangnya tiada penghujungnya untuk dibincangkan. Sesungguhnya, pelbagai kebaikan makan bersama-sama keluarga perlu kita kupas untuk dijadikan panduan.
Pada pandangan saya, manfaat utama apabila sesebuah keluarga dapat makan bersama-sama ialah budaya ini dapat meningkatkan disiplin dan adab ketika makan dalam ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak pula lebih gemar menikmati makanan ketika menonton televisyen ataupun mendengar muzik. Anak-anak pula akan tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan bagi mengejar rancangan hiburan masing-masing yang tiada penghujungnya. Oleh sebab itu, ibu bapa wajarlah menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk menyediakan hidangan, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas apabila selesai makan. Sebagai kesannya, didikan ini akan menyebabkan ibu bapa akan pulang ke rumah untuk makan bersama-sama anak-anak. Selain itu, kelazatan dan kebersihan makanan serta minuman tersebut akan terjamin. Tambahan pula, kesihatan dengan makan bersama-sama keluarga dapat ditingkatkan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya dalam soal pengambilan makanan ini. Hakikatnya, makan bersama dengan keluarga mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah dalam soal pemakanan.
Selain peningkatan disiplin dan adab ketika makan, budaya makan bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin terhakis kini. Hal ini begitu kerana waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi sambil bual-bual dengan anak- anak ketika makan. Selain itu, ibu bapa dan anak-anak boleh berbincang tentang sesuatu perkara yang menggembirakan atau menyedihkan yang telah berlaku dalam tempoh masa yang terdekat. Ibu bapa juga bolehlah bertanya tentang masalah yang dihadapi sama ada masalah peribadi ataupun masalah pembelajaran mereka. Untuk menjadi lebih menyeronokkan ahli-ahli keluarga boleh memasak bersama-sama untuk menyediakan makanan. Anak-anak boleh membantu mengupas bawang dan memotong sayur. Sebagai impaknya, ibu bapa dapat mengesan pergerakan harian anak-anak jika mereka sentiasa bersama. Kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Seterusnya, rumah akan dijadikan tempat yang menyeronokkan untuk tinggal dengan lebih lama. Tradisi makan bersama- sama ini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh. Benarlah kata orang cerdik pandai bahawa Rumahku Syurgaku dapat disemai dalam diri anak-anak. Sesungguhnya, makan bersama-sama ini dapat melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni.
Budaya makan bersama-sama jika diamalkan secara rutin dalam aktiviti harian keluarga akan dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam sesebuah keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa mestilah meluarigkan masa makan bersama dengan anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu dalam meningkatkan komunikasi. Selain itu, meja makan ialah tempat yang sempurna untuk membincangkan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga. Oleh hal demikian, ibu bapa boleh berkongsi perbualan dengan ahli keluarga yang lain. Ketika berbual-bual ini maka suasana ini akan memberi kesempatan berkomunikasi kepada mereka. Hal ini juga membolehkan anak-anak memerhatikan kelakuan orang lain, khususnya perbuatan yang positif akan dijadikan contoh dan panduan untuk mengharungi hidup yang semakin mencabar di luar sana. Sekiranya komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berhemah dan cemerlang maka sudah tentu tradisi makan bersama-sama ini dapat menjalin ikatan dan perhubungan mesra antara satu dengan yang lain. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa hubungan bagai aur dengan tebing dapat diterapkan dalam institusi keluarga yang seterusnya akan membentuk keharmonian keluarga itu sendiri. Pendek kata, makan bersama dengan keluarga merupakan satu wahana ataupun kaedah komunikasi yang lebih canggih dalam pembentukan institusi keluarga yang mapan.
Kebaikan seterusnya amalan makan bersama-sama keluarga ialah aktiviti ini dapat mendedahkan anak-anak tentang kepentingan pemakanan seimbang yang menjadi tunjang kesihatan diri. Hal ini disebabkan anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan ataupun makanan segera sebagai menu makanan utama mereka. Anak-anak juga perlu tahu bahawa pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan yang ada nutrien adalah lebih tinggi diambil dalam sajian makanan harian. Oleh sebab itu, anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan ketika mereka makan bersama. Seterusnya, anak-anak akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman manis. Tradisi makan bersama-sama ini akan dapat menunjukkan cara pengambilan makanan yang sihat dijadikan keutamaan. Sebagai kesannya, anak-anak dan ahli keluarga akan melebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan. Secara tidak langsung, pemakanan yang sihat dapat menurunkan kadar masalah obesiti dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa perlulah menunjukkan cara pemakanan yang sihat kepada anak-anak kerana merekalah uswatun hasanah yang paling rapat dengan anak-anak. Tegasnya, ibu bapa sebagai pemimpin sesebuah keluarga haruslah mampu memastikan anak-anak membuat pilihan yang baik tentang pemakanan apabila makan bersama-sama.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Ibu bapa terutamanya perlu menjadikan tradisi makan bersama-sama keluarga menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Bill Gate ada berkata bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah, sedangkan orang lain sudah berubah sebenarnya kita belum berubah. Oleh hal demikian, setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama-sama dalam keluarga mereka. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Dalam erti kata yang lain, budaya makan bersama-sama ini haruslah dijadikan amalan dan budaya yang berkekalan. Seyogia, amalan makan bersama-sama ialah resipi kebahagiaan sesebuah keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Slogan "Rakyat Sihat Negara Sejahtera, haruslah tersemat dalam diri semua insan yang cinta akan kerukunan dan kebahagian rumah tangga.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-27029819192886710292019-07-13T17:42:00.001+08:002020-11-15T11:30:25.886+08:00Krisis Kekurangan Bekalan Makanan
Sejak kebelakangan ini, krisis kekurangan makanan telah melanda dunia kita.Masalah ini menjadi semakin serius terutamanya kepada negara membangun seperti negara kita,Malaysia.Hal ini kerana kemelut ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada negara dan masyarakat.Pegarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu,Josette Sheeran,menggunakan istilah ‘the silent tsunami’atau tsunami senyap untuk menggambarkan keadaan ini.Dengan itu, faktor berlakunya krisis kekurangan makanan dan langkah penyelesaiannya akan dibincangkan.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan.Sedasawarsa ini,negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun.Hal ini menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan meningkat dengan drastik.Dengan itu,peningkatan permintaan terhadap bekalan makanan yang melebihi penwaran bekalan makanan telah menyebabkan krisis ini berlaku.Dalam era moden ini,perkembangan sektor perkhidmatan terutamanya dalam bidang hotel dan restoran telan menyebabkan permintaan terhadap bekalan makanan seperti beras,gula dan sayur-sayuran semakin meningkat.Hal ini demikian kerana mereka ingin memenuhi kehendak setiap pelanggan dengan menyediakan pelbagai hidangan dalam menu.Ternyatalah bahawa permintaan yang tinggi menyebabkan kekurangan bekalan makanan.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Perubahan iklim yang ketara juga mendasari masalah ini.Saban hari, dunia kita mengalami perubahan iklim yang amat ketara.Sebagai contohnya,kejadian El-Nino semakin kerap berlaku dan banjir besar juga kerap melanda dunia kita.Baru-baru ini,kejadian El-Nino telah melanda Australia yang menyebabkan fenomena kebakaran hutan berlaku.Menurut statistik,kemarau terburuk yang melanda Australia telah menyusutkan pengeluaran gandum sebanyak 60 peratus.Fenomena ini telah menyebabkan bekalan gandum dunia berkurangan.Secara implisitnya,kejadian ini telah memberi impak kepada negara kita apabila harga gandum meningkat.Jelaslah bahawa perubahan iklim menyebabkan masalah ini berlaku.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kemerosotan simpanan stok makanan sedunia juga menyebabkan masalah ini berlaku.Dahulunya, stok makanan adalah melebihi permintaan sedunia.Namun demikian,setiap negara termasuk negara kita mengalami kekurangan simpanan stok makanan.Menurut statistik Bank Dunia,kadar simpanan bjirin dunia adalah pada paras terendah sejak 30 tahun.Dengan itu, kekurangan bekalan stok akan menyebabkan harga makanan seperti beras dan sayur-sayuran meningkat.Sebagai contohnya,harga pasaran global secara purata telah meningkat sebanyak 75 peratus sejak tahun 2000.Hal ini amat membebankan negara membangun dan rakyatnya kerana terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi.Oleh itu,jelaslah bahawa kekurangan stok makanan mendasari masalah ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Dengan itu,salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah memajukan sektor pertanian.Sektor pertanian yang dahulunya diabaikan harus dibangunkan untuk menghasilkan bekalan makanan seperti beras dalam kuantiti yang banyak.Kerajaan haruslah mengusahakan aktiviti ini ke arah produktiviti yang berskala besar.Hal ini supaya keperluan tempatan dan eksport dapat ditampung di samping mengelakkan berlakunya peningkatan harga makanan.Perkongsian pintar dan penyelarasan operasi seperti jentera dan infrasttruktur dapat dikongsi antara petani untuk memajukan aktiviti pertanian yang diusahakan oleh mereka.Ternyatalah bahawa perkembangan sektor pertanian mampu mengatasi masalah ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Di samping itu, pembangunan tanah terbiar juga menangani masalah ini.Terdapat banyak kes tentang tanah yang terbiar terutamanya di Kelantan.Jika tanah terbiar ini tidak diusahakan,maka negara kita akan menghadapi masalah kekurangan tanah untuk penanaman padi,kelapa sawit dan sayur-sayuran.Oleh itu,jika tanah inii diusahakan dengan betul,maka kawasan tersebut tidak akan menjadi kawasan yang tidak berguna.Menurut kajian,selepas usaha ini dijalankan,negeri Kelantan mengalami peningkatan lebih 1000 hektar kawasan tanaman padi.Hal ini bukan sahaja mampu meningkatkan hasil pengeluaran bekalan makanan,malahan mengurangkan import negara.Jelaslah bahawa pembangunan tanah terbiar mampu mengatasi kemelut ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Peranan pihak bank juga penting dalam mengatasi masalah ini. Pihak bank seharusnya membantu para petani dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka.Kebanyakan para petani terdiri daripada golongan miskin.Oleh itu,dengan melonggarkan syarat pinjaman,mereka mampu mempunyai modal untuk mengusahakan hasil tanaman mereka.Skim pembayaran balik pinjaman pula haruslah dilakukan pada waktu menuai kerana pada masa inilah petani memperoleh keuntungan daripada hasil tuaian.Dengan itu,para petani tidak akan terasa tertekan dengan pinjaman mereka.Bukan itu sahaja,dengan keuntungan yang diperoleh,mereka dapat membeli jentera yang canggih,seterusnya meningkatkan produktiviti mereka.Ternyatalah bahawa masalah ini dapat diatasi melalui peranan pihak bank.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kesimpulannya, krisis kekurangan bekalan makanan sememangnya membimbangkan kerajaan dan juga rakyat.Hal ini kerana kemelut ini amat merugikan negara kita dari segi ekonomi dan sosial.Makanan seperti beras amatlah penting kepada kehidupan manusia dan negara kita.Makanan membekalkan zat kepada manusia dan menjana pendapatan kepada negara.Oleh itu,krisis kekurangan bekalan makanan haruslah diatasi secara kolektif demi kepentingan bersama. 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-15255537488286066312019-07-13T12:40:00.001+08:002020-11-15T11:30:34.078+08:00Kesan Penggunaan Kad Kredit Dalam Masyarakat
Kad kredit juga ditakrifkan sebagai wang plastik yang digunakan sebagai pengganti wang tunai. sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara kita terutamanya ahli perniagaan. Penggunaan kad kredit semakin popular kerana ia mudah memohon. Hal ini kerana seseorang yang berpendapatan RM1800 setahun sudah layak mendaftar untuk mendapatkan kad kredit. Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa, dan Master Card. Walaupun kad kredit bertujuan menyenangkan cara perbelanjan tetapi hal ini membawa pelbagai kesan kepada kehidupan masyarakat.
Antara kesan baik penggunaan kad kredit terhadap masyarakat ialah menyenangkan urusan seharian. Hal ini kerana pemegang kad boleh membayar bil elektrik, bil air, bil telefon serta membeli-belah dengan melayan laman web tertentu dengan mudah. Pemegang kad kredit hanya perlu log masuk akaun kad kredit dan membayar bil-bil dengan hanya satu klik. Pemegang kredit yang membeli barang dengan jumlah yang banyak dan pada harga yang tinggi mereka cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, mereka tidak perlu risau wang tunai yang dibawa tidak mencukupi untuk membayar bil barangan. Pihak bank pula menarik perhatian ramai pengguna kad kredit dengan bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad. Pihak bank juga menyediakan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit melalui kad kredit.
Seterusnya, kesan baik penggunaan kad kredit ialah keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin. Hal ini demikian kerana pemilik kad kredit tidak perlu terlalu bimbang keselamatan mereka kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk keluar, maka ia dapat menurunkan risiko pemegang kad kredit ini dirompak atau diragut. Terdapat pemegang kad kredit yang bimbang tentang kesan jika berlakunya kehilangan atau kecurian kad kredit mereka. Sekiranya kad kredit mereka telah hilang atau dicuri, pemegang hanya perlu membuat laporan supaya kad kredit dan butir-butir diri tidak disalahguna oleh pencuri, pembatalan serta-merta akan dibuat jika terdapat sebarang bentuk transaksi daripada kad kredit yang dicuri atau hilang. Kad kredit juga selamat untuk digunakan kerana kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai dan sebarang urusan pembelian akan memerlukan tandatangan pemilik kad sebagai pengesahan.
Penggunaan kad kredit telah memberi banyak faedah kepada masyarakat tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada masyarakat. Antara kesan buruk penggunaan kad kredit ialah penggunaan kad kredit menyebabkan masyarakat mengamalkan sikap berbelanja dengan boros. Hal ini kerana pemegang kad kredit boleh membeli barang tanpa menggunakan wang tunai. Hal ini menyebabkan pemegang kad kredit membeli barang tanpa had dan tidak melihat harga sebelum membeli barang. Sebagai contoh, pemegang kad kredit tidak mempedulikan harga apabila mereka membeli barangan yang berharga tinggi seperti komputer, telefon bimbit dan barang mewah . Hal ini akan menyebabkan mereka membeli barang yang tidak diperlukan dan menjadi pembaziran kerana penggunaan kad kredit telah menyebabkan mereka tidak dapat berbelanja dengan jimat cermat.
Selain itu, kesan buruk penggunaan kad kredit ialah menyebabkan pemegang kad kredit berhutang sekeliling pinggang. Sikap boros pemegang kad kredit menyebabkan mereka tidak tahu berbelanja dengan jimat cermat. Apabila bil kad kredit diterima pada akhir bulan terdapat pemegang kad kredit yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang bank. Hal ini demikian apabila pemegang kad kredit tidak dapat menyelesaikan hutang maka pihak bank akan mengeluarkan notis amaran kepada pemegang kad kredit untuk menyelesaikan hutang dalam tempoh masa yang diberikan. Langkah yang seterusnya yang akan diambil alih oleh pihak bank ialah menggadaikan harta benda pemegang kad kredit yang telah berhutang lama dengan pihak bank jika harta benda pemegang kad kredit tersebut tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutangnya. Maka dia akan diisytiharkan bankrap oleh pihak bank. Terdapat juga pemegang kad kredit yang meminjam wang daripada syarikat pinjaman wang yang haram untuk menyelesaikan hutang kad kredit dengan bank. Kebanyakkan mereka menyelesaikan hutang kad kredit tidak mampu menjelaskan hutang yang disimpan daripada syarikat pinjaman wang yang haram. Hal ini demikian akan menyebabkan pihak syarikat pinjaman wang haram ini mengganggu penghutang dan ahli keluarganya serta melakukan perkara yang akan mengugut nyawa mereka seperti mencederakan penghutang dan memaksa penghutang untuk menyelesaikan hutangnya.
Di samping itu, penipuan kad kredit juga mudah berlaku. Pengguna kad kredit yang menyelesaikan urusan seperti pembayaran bil secara atas talian menggunakan komputer mudah berlakunya penyelewengan. Penggunaan kad kredit ketika pengguna menggunakan mesin juruwang automatik juga akan menyebabkan maklumat sulit pengguna kad kredit terdedah. Hal ini akan meningkatkan risiko keselamatan pengguna kad kredit tersebut tergugat. Pada zaman globalisasi ini, kad kredit juga boleh diklonkan dan digunakan oleh orang lain tetapi segala kesan buruk dan kos akan ditanggung oleh pemilik kad kredit yang tidak mengetahui bahawa kad kreditnya telah diklonkan, pemegang kad kredit akan menghadapi proses mahkamah yang merumitkan.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-49161514603916440832019-07-13T12:37:00.000+08:002019-07-13T12:37:46.502+08:00Pemerdagangan Manusia
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sejak kebelakangan ini, isu pemerdagangan manusia menjadi isu global di serantau negara. Pemerdagangan manusia boleh ditakrifkan sebagai bentuk perhambaan pada masa kini. Malaysia dikatakan menjadi tempat paling strategik untuk sindeket-sindeket memperdagangkan manusia. Contoh pemerdagangan manusia yang sering berlaku adalah penjualan organ manusia, sindeket pelacuran dan kerja tanpa gaji kepada buruh-buruh asing.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan merupakan punca peningkatan pemerdagangan manusia ke negara Malaysia. Terdapat beberapa lokasi strategi seperti lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia. Terdapat juga segelintir pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab menjaga sempadan seperti pihak polis dan pegawai kastam bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata sahaja. Sejak empat tahun lepas, terdapat 416 kes penguatkuasaan pemerdagangan orang berjaya direkodkan.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Selain itu, pendedahan yang kurang mengenai jenayah penyeludupan manusia. Kebanyakkan warga asing mudah tertipu dengan agen-agen sindiket yang membawa mereka masuk ke sini. Mereka dijanji dengan janji-janji manis seperti peluang pekerjaan yang lebih lumayan dan keadaan ekonomi yang lebih terjamin. Rakyat tempatan sendiri juga kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada di tahap yang agak membimbangkan.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Di samping itu, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat juga merupakan faktor tarikan pemerdagangan manusia berlaku di Malaysia. Permintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah. Terdapat pelbagai pekerjaan yang dilakukan oleh mereka seperti perkhidmatan, perlombongan, perkilangan dan pertanian. Rakyat asing yang kurang berpengetahuan mengenai jenayah ini tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan. Namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba, pelacur atau buruh paksa yang tidak dibayar gaji dengan setimpalnya.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Disebabkan masalah ini, jenayah ini telah mendatangkan pelbagai kesan negatif yang turut menjejaskan kedaulatan Malaysia. Kesan utama yang menjadi punca adalah mencemarkan nama baik Malaysia dalam arena antarabangsa. Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusi bukanlah pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Malahan kedudukan ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir negara dan memperkasakan undang-undang. Masalah ini juga menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Pelabur-pelabur asing akan berasa ragu-ragu untuk melabur di negara ini kerana gagal menunjukkan keprihatinan terhadap isu global ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Seterusnya, hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar juga akan turut terjejas. Hal ini demikian kerana penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku dapat menjejaskan sedikit sebanyak hubungan diplomatik antara negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat. Terdapat segelintir majikan yang bertindak kejam seperti diberi makan hanya sekali dalam sehari, dipukul dengan kuat dan tidak diberi gaji kepada amah mereka bukanlah tindakan yang wajar yang patut dilakukan.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kesimpulannya, isu pemerdagangan manusia adalah isu serius yang patut dipertanggungjawabkan kepada semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan kaum, kita hendaklah berganding bahu bagi memerangi isu ini. Kerajaan hendaklah memperkasakan dan memperincikan lagi masalah ini agar tidak berlanjutan. Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Kita tidak boleh bersikap 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Masa depan generasi yang akan datang akan terabai jika masalah ini tidak ditangani segera.
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-22186047769985875262019-06-30T01:18:00.001+08:002019-07-13T12:44:24.453+08:00Keburukan Makanan Segera
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Makanan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat tempatan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Saban hari media massa mengiklankan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, burger, hot dog, mi segera dan pizza. Makanan-makanan ini sangat mudah didapati, enak rasanya dan berpatutan harganya. Oleh itu, makanan segera amat popular dan berjaya mengubah selera masyarakat kita. Ini juga dikaitkan dengan pemodenan yang merangkumi keseluruhan cara hidup termasuk pemakanan dan cita rasa, serta dikatakan menepati era moden yang mementingkan masa. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Kesibukan dalam tugas seharian dalam kehidupan telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat ribuan jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan. Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi dan buah pinggang. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Pada hari ini, masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandung lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya adalah antara makanan segera kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah yang jika tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Ini disebabkan otak manusia memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa yang seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Selain itu, pengambilan makanan segera yang berlebihan juga akan mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Berdasarkan satu kajian sains pemakanan mendapati bahawa daripada 100 orang kanak-kanak yang mengambil makanan segera menunjukkan bahawa mereka yang kurang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin E, zat-zat besi dan susu amat mudah menghadapi risiko diserang penyakit asma yang berlarutan. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, di samping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan segera yang berlebihan, kita harus membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan terlalu memilih jalan mudah dalam soal makan minum. Ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Contoh lain : Kesan pengambilan makanan segera 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-61975160519770897412018-02-23T22:49:00.002+08:002020-11-15T11:30:58.145+08:00Keruntuhan Akhlak Remaja Berpunca Daripada Keruntuhan Institusi Keluarga 
Menuju tahun 2020, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat membimbangkan dan seperti tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.
Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan hawa nafsu. Mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi dalam rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada ilmu atau kurang ilmu, setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.
Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang asyik mengejar kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak –anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.
Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda. Anak – anak yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka mungkin akan terjebak dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.
Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi yang sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk keluarga mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak –anak mencari jalan pintas untuk mendapatkan segala keinginan mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya. Pada usia remaja, mereka sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya dengan meminta lebih daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan atau untuk menyediakan kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Tuntasnya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan koreksi diri. Hal ini demikian kerana, segala kelemahan dalam mendidik dan mendisiplinkan anak anak terutamanya remaja akan menyebabkan mereka menyimpang terlalu jauh dan terjebak dengan masalah sosial yang lebih berat. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara dan mereka perlu didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna. Mereka ialah insan yang akan membawa negara kita ke persada antarabangsa yang terkenal dengan kebudayaan dan budi pekerti yang tinggi dan bukannya negara yang tidak berbudi pekerti. Maruah negara kita pada masa hadapan berada di tangan anak anak remaja kini. Jadi, mereka perlu bangkit daripada dunia angan-angan untuk menempuh dunia realiti.
Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-10261547318629832512017-09-24T11:02:00.003+08:002017-09-24T11:06:30.894+08:00Faktor-Faktor dan Langkah-Langkah Menangani Demam Denggi
 <span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkahmenangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripadamengubati.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang entengterhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-32984242777263287792017-07-20T13:05:00.002+08:002020-11-15T11:31:18.830+08:00Isu Pembuangan Bayi 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat marcapada. Isu ini seolah-olah sudah menjadi trend atau ikutan dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Acap kali isu ini kita lihat dan terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio dan disiarkan di kaca televisyen. Hal ini akan menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk dan pandangan yang tidak baik daripada negara-negara luar. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil langkah yang proaktif untuk menangani masalah ini daripada terus membelenggu masyarakat. Pihak yang paling penting dan perlu memainkan peranan mereka untuk menangani masalah ini ialah ibu bapa.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Ibu bapa merupakan penjaga dan pendidik kepada anak-anak mereka sama ada di luar mahupun di dalam rumah. Ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak mereka dan mereka perlu mengambil tahu tentang kawan-kawan anak mereka dan cara pergaulan anak-anak. Perkara ini penting kerana kadangkala anak-anak hanya berpura-pura menjadi seorang yang baik di hadapan ibu bapa mereka sahaja. Sebagai contohnya, anak-anak mengatakan bahawa mereka ingin ke sekolah tetapi hakikatnya mereka pergi ke pusat-pusat membeli-belah atau ponteng sekolah. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti dan perlakuan anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Selain itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, walaupun sibuk bekerja. Hal ini demikian kerana, perhatian daripada ibu bapa dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Anak-anak juga akan sentiasa mengingati pesanan ibu bapa apabila setiap kali mereka hendak melakukan kesalahan. Kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa juga dapat mengubah sikap negatif seseorang anak kepada sikap yang positif. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa dengan anak-anak, seperti makan bersama-sama, pergi bersiar-siar, solat berjemaah dan sebagainya. Perkara ini akan menyebabkan mereka berasa disayangi dan mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti seks bebas.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Menghantar anak-anak ke kem-kem motivasi ataupun seminar jati diri juga merupakan langkah yang berkesan untuk menangani masalah pembuangan bayi. Hal ini akan menyebabkan minda mereka terbuka dan melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang berbeza. Di dalam kem-kem motivasi, biasanya mereka akan didedahkan dengan isu-isu semasa yang melanda negara. Mereka akan diberikan informasi atau maklumat tentang kesan-kesan buruk sesuatu isu itu. Sebagai contohnya, kes pembuangan bayi akan menyebabkan nyawa si ibu terancam akibat proses melahirkan anak yang salah dan tidak normal tanpa pengawasan doktor. Perkara itu akan menimbulkan kesedaran dalam diri anak-anak khususnya para remaja tentang implikasi kes pembuangan bayi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Di samping itu, nilai-nilai agama yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap remaja. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan dan mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama yang sebenarnya. Perkara ini demikian kerana, pengisian nilai-nilai keagamaan dalam diri remaja dapat membina kekuatan dalaman mereka. Hati mereka tidak akan mudah terusik dengan anasir-anasir yang tidak baik kerana mereka sudah mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan dapat membezakan dosa dengan pahala. Penerapan nilai agama ini perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi dan secara perlahan-lahan, nilai-nilai tersebut akan sebati dengan diri mereka bak kata pepatah, “Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain”, begitu jugalah dengan anak-anak. Hal ini dapat menjauhkan mereka daripada mendekati zina dan terlibat dalam kancah maksiat.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan tegas, tetapi ketegasan yang sesuai dengan situasi. Terdapat sesetengah ibu bapa yang mendidik anak mereka dengan cara seperti seorang askar. Hal ini bertujuan untuk mendisiplin anak-anak mereka. Dengan disiplin yang tinggi dan ketegasan ibu bapa, anak-anak akan akur dengan arahan dan kehendak ibu bapa. Mereka juga akan taat terhadap perintah ibu bapa mereka. Namun begitu, remaja tidak boleh dididik dengan cara yang tegas. Ibu bapa perlu mendidik mereka bagai menatang minyak yang penuh. Dengan perkataan lain, mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan sampai mereka memijak kepala ibu bapa pula. Dalam kelembutan, sertakan sedikit ketegasan yang membuat mereka hormat kepada ibu bapa. Dengan cara ini, ibu bapa mudah untuk mengetahui aktiviti-aktiviti anak mereka di luar. Perkara ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti pembuangan bayi.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kesimpulannya, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk menangani kes pembuangan bayi ini. Selain ibu bapa, pihak lain juga mestilah menggembleng tenaga bagi menangani fenomena ini. Dengan cara ini, kes pembuangan bayi dapat diatasi dengan efektif kerana semua pihak terlibat dalam usaha untuk membendungnya. Remaja pula merupakan golongan yang sangat berharga untuk masa depan negara pada masa akan datang. Oleh itu, didikan yang baik perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi kerana mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-48237154025012203882017-07-20T12:53:00.005+08:002020-11-15T11:31:26.133+08:00Masalah Yang Dihadapi dan Usaha Membantu Golongan Orang Kurang Upaya
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka hendaklah diberi untuk menangani kehidupan seperti anggota masyarakat. Bilangan OKU semakin bertambah. OKU sudah mendapat pembelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Masalah yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya
Antara masalahnya ialah sikap majikan. Majikan mempunyai tanggapan yang negatif terhadap OKU iaitu tidak boleh berdikari dan perlu bantuan dan sokongan orang lain. Golongan kurang berupaya dianggap kurang produktif kerana kecacatan mereka. Masalah pergerakan dan tindak balas yang lambaat akan menghalang proses kerja mereka.
Seterusnya ialah tanggapan masyarakat yang negatif. Masyarakat mempunyai tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU. Mereka dianggap tidak dapat bekerjasama dengan golongan normal. Mereka dipandang rendah oleh golongan normal dan ada dalam kalangan mereka mempunyai perasaan rendah diri.
Bukan itu sahaja, masalah lain ialah masalah perlindungan ahli keluarga. Ahli keluarga OKU yang terlalu mengongkong, terlalu prihatin dan tidak yakin OKU akan dapat berdikari atau bekerja. Mereka hanya mengurus OKU sahaja tanpa mendidik anak untuk berdikari. Ahli keluarga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja normal. Golongan kaya tidak menghantar OKU bekerja tetapi memberi kemahiran menguruskan hidup seperti orang normal.
Selain itu, kekurangan maklumat, sokongan, dan khidmat nasihat. Akses maklumat yang tidak seimbang dan saksama antara OKU dengan manusia normal. OKU sukar mendapatkan maklumat secara langsung daripada sumber media berkaitan latihan kemahiran, pekerjaan, dan peluang ekonomi. Di pusat penjagaan atau badan amal kurang disediakan khidmat nasihat daripada kaunselor untuk mendapat pandangan, motivaasi, dan sokongan untuk berjaya.
Di samping itu, golongan OKU juga menghadapi masalah sokongan dasar dan perundangan. Pihak berkuasa kurang menetapkan status OKu dari aspek kewajipan majikan atau pejabat kerajaan mengambil OKU sebagai pekerja produktif. Kebanyakan melibatkan pekerjaan yang kurang yakin dengan kemampuan OKU. Sektor awam pula tidak banyak menawarkan pekerjaan produksif kepada golongan OKU. Dasar dan perundangan yang dapat membela nasib OKU perlu digubal dan dikuatkuasakan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan OKU dalam pembangunan negara.
Usaha untuk membantu golongan kurang upaya
Antara usahanya ialah memberi keyakinan kepada golongan OKU. Hal ini demikian dapat dilakukan dengan meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif golongan OKU menerusi program yang berkesan. Program pemulihan baru bagi selaras dengan perkembangan semasa dapat diwujudkan.
Seterusnya, meyediakan kemudahan khusus kepada golongan OKU. Penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier free), penggunaan peralatan termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan penyediaan kemudahan perumahan serta ruang awam. Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidkan sepanjang hayat.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan mahupun sektor swasta perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Hal ini demikian dapat menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan. OKU dapat bekerja sendiri dan berdikari. Insentif perlu diberi kepada golongan OKU. Pelbagai skim perlu diwujudkan bagi membantu menempatkan OKU dalam pekerjaan. Sebagai contohnya, menyediakan elaun pekerja cacat. Selain itu, perlunya melatih OKU yang berpotensi dengan membekalkan mesin atau alatan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka bekerja dari rumah.
Di samping itu, usaha lain ialah menyediakan perkhidmatan sokongan. Perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU perlu dimantapkan. Hal ini demikian bertujuan untuk menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial. Mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU perlu dimantapkan. Masyarakat juga perlu mengubah persepsi negatif terhadap golongan OKU. Pandangan negatif masyarakt terhadap golongan OKU hendaklah diubah. Sumbangan golongan kurang upaya dalam setiap program atau aktiviti masyarakat perlu diambil kira.
Penutup
Kesimpulannya, masalah OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan profesional. Kerajaan memperuntukan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak swasta juga perlu menghulurkan baantuan. Walau bagaimanapun, usaha tersebut turut memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada masyarakat.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-82941600251960912212017-07-18T22:01:00.003+08:002020-11-15T11:30:00.025+08:00Cara-Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Masalah Obesiti
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita. Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Umumnya, obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan khususnya penampilan diri yang tidak menarik. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami masalah ini mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan juga serangan jantung. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini?
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan “makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana, kita bukan sahaja sihat malah kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan,malahan kita seperti menyelam sambil minum air kerana dengan bersenam bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan produk tersebut bukannya dapat menguruskan badan sebaliknya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu produk pelangsingan badan yang ada dalam pasaran.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. Kita haruslah berpegang kepada falsafah peribahasa “mencegah lebih baik daripada mengubati” khususnya dalam memastikan kehidupan yang sihat dan terjamin sepanjang masa.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-20763224719393916692017-07-18T16:18:00.002+08:002020-11-15T11:31:33.143+08:00Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT.
Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.
Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.
Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.
Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.
Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.
Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak mengbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.
Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang tidak bermoral atau pronografi. Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman sesawang tersebut. 
Kesimpulannya, kemajuan ICT diharap dapat membawa kesan positif terhadap penggunannya. Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada kemajuan ICT haruslah di beri perhatian oleh kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab agar gejala negatif ini dapat dibanteras. Pengguna ICT juga haruslah lebih bijak dalam menilai setiap kandungan yang di terima oleh kepesatan ICT.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-41393840618807343512017-07-18T16:14:00.005+08:002017-07-18T16:15:12.613+08:00Faktor, Kesan dan Langkah Menangani Rasuah
SOALAN:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR-FAKTOR:
Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama) 
Kelemahan kepimpinan 
Faktor perkembangan modenisasi 
Faktor sosial dan budaya
KESAN:
Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas
Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia) 
Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti)
Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
Penguatkuasaan undang-undan
Kempen kesedaran
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 
Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat) 
Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) 
Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)
CONTOH JAWAPAN:
Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.
Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.
Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.
Sumber
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-18633715214274674352017-07-15T20:45:00.004+08:002020-11-15T11:31:39.485+08:00Kebaikan Sukan kepada individu, masyarakat dan negara
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton, hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang. 
Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.
Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara dengan begitu mudah.
Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara. Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat. 
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-68996274639747106632017-07-14T19:04:00.004+08:002017-07-14T19:05:23.298+08:00Punca Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Lewat kebelakangan ini, kes buli sering dilaporkan melalui media massa. Masalah ini bukanlah gejala baru di negara kita malah gejala buli pelajar sekolah menunjukkan kadar peningkatan dari semasa ke semasa. Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah kes terpencil kerana kes ini sudah mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudah semakin melampau kebelakangan ini sehingga menyebabkan kematian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, buli didefinasikan sebagai perbuatan mempermain-mainkan orang, kebiasannya orang yang lemah, dengan tujuaan untuk menggertak, mencederakan, ataupun menakutkan orang tersebut. Dalam erti kata lain, buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah untuk memperlihatkan kekuatan atau keganasan seseorang. Kes buli seperti ini tidak hanya berlaku dalam golongan dewasa, malah telah berlaku sejak peringkat awal sekolah iaitu prasekolah. Selalunya perbuatan buli melibatkan sekumpulan pelajar dan mangsa hanya keseorangan mempertahankan diri. Beberapa punca telah dikenal pasti telah menyumbang kepada permasalahan ini.
Punca pertama gejala buli semakin berluluasa di negara kita adalah kurangnya didikan agama. Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka.Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampau-lampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.
Gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Lazimnya, golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.
Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara-negara barat berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal mereka perolehi.
Sebelum masalah ini menjadi semakin serius, langkah-langkah mengatasi perlu diambil dengan efektif. Ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan ank mereka tidak terlibat. Kita juga perlu memikir nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat kecederaan fizikal malah turut menjejaskan emosi. Usaha membanteras gejala buli perlu ditangani dengan segara bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan sekaligus menjamin kesejahteraan negara.
Sumber 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-60243230471104956.post-1168054078716713312017-02-10T23:55:00.002+08:002020-11-18T16:18:31.653+08:00Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita. Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaan mereka mendidik anak menjamin satu kelompok masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka pada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang diperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. Wanita memiliki kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap. Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum wanita memang mempunyai peranan besar dalam memastikan sumber manusia negara ini berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Pada masa yang sama wanita juga berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin. Usaha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedah terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah ada banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya, mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana dunia yang penuh persaingan ini memerlukan wanita yang berilmu tinggi pula.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka dalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu. Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan tentera dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita dalam perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat diselesaikan dengan baik kerana ada tugas-tugas yang memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang keselamatan negara yang amat penting itu.
<span style="font-family: "verdana" , sans-serif;">Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah memandang tinggi dan member peluang kepada wanita untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap memandang enteng keupayaan wanita bukanlah satu tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran ini. Slogan “pemuda harapan negara pemudi tiang negara” harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya sumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu. 
stpm studyhttp://www.blogger.com/profile/08208191875961085832noreply@blogger.com0