Ad Code

Responsive Advertisement

Kenaikan harga minyak

Contoh Karangan Kenaikan harga minyak

Pendahuluan
  • Kenaikan harga minyak saat ini berpotensi menurunkan pertumbuhan ekonomi negara. 
  • Banyak implikasinya terhadap pembangunan negara dan menjejaskan ekonomi.
  • Boleh menyebabkan negara menghadapi pelbagai masalah untuk menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang mendadak.

Kenaikan harga barang.
  • Kenaikan harga minyak member impak kepada kenaikan harga barang yang mendadak.
  •  Harga barang dipengaruhi oleh harga minyak kerana dalam proses pembuatan barang perlu menggunakan minyak sebagai sumber utama.
  •  Dalam proses pembuatan plastik atau nilon, minyak digunakan untuk menghasilkan bahan tersebut.
  • Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran barang akan meningkat.
  • Ternyatalah di sini bahawa kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang juga naik seterusnya menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara.

Berlaku inflasi barangan
  • Kenaikan harga minyak dunia akan berisiko terjadi penurunan konsumsi swasta sejalan dengan pengaruh penurunan daya beli akibat kenaikan inflasi dan impak langsung kenaikan harga barang import.
  •  Penurunan permintaan domestik yang cukup kuat dan mempengaruhi penurunan pertumbuhan ekonomi.
  • Peningkatan risiko inflasi didorong kenaikan harga barang import terkait kenaikan harga minyak.
  • Hasil kajian menunjukkan dalam simulasi pengaruh minyak terhadap inflasi, jika rata-rata harga minyak 60 Dolar per barel akan terjadi inflasi sebanyak 6.1 peratus
  • Oleh hal yang demikian, jelaslah disini bahawa kenaikan harga minyak mendorong berlakunya inflasi.

Negara terpaksa menanggung beban subsidi minyak yang tinggi.
  • Untuk memberi manfaat terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  •  Subsidi minyak yang tinggi boleh membantutkan ekonomi dan pembangunan negara kerana kerajaan perlu menyalurkan dana yang banyak semata-mata untuk menanggung subsidi minyak sejajar dengan kenaikan harga minyak.
  • Kajian oleh Kementerian kewangan, pada tahun 2007 sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 billion.
  • erbelanjaan subsidi minyak itu boleh disalurkan kepada pembangunan negara jika harga minyak tidak naik dengan mendadak.
  • Sudah terang lagi bersuluh kenaikan harga minyak member kesan negatif kepada pertumbuhan negara kerana kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak yang tinggi.

Perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.
  • Mengeksport dan mengimport barangan menggunakan kenderaan untuk mengangkatnya.
  •  Kenderaan memerlukan minyak. Apabila harga minyak meningkat negara terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk menampung kos penghantaran dan penerimaan barangan.
  • Negara mengeksport bertan-tan sayur dan buah—buahan tempatan ke luar negara. Kira-kira RM 1 juta digunakan hanya untuk menampung kos perbelanjaan minyak mengeksport sayur dan buah-buahan tersebut.
  • Jelaslah di sini bahawa kenaikan harga minyak menyebabkan perbelanjaan negara meningkat untuk mengimport dan mengeksport barangan.

Negara terpaksa memberikan fokus untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
  • Segala hasil ekonomi kerajaan digunakan untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak.
  •  Pembangunan negara terpaksa ditangguhkan atau dengan kata lain diabaikan kerana perlu memikirkan tentang krisis kenaikan harga minyak.
  • Pembangunan negara terjejas akibat kenaikan harga minyak.

Penutup
  • Kesimpulannya, jelaslah bahawa kenaikan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi dan pembangunan negara melalui pelbagai aspek.
  •  Oleh yang demikian, semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi krisis kenaikan harga minyak yang kian meruncing. 
  • Sediakan payung sebelum hujan.  

Catat Ulasan

0 Ulasan