Contoh Karangan Kesan Pemerdagangan Manusia Dan Langkah Mengatasi
Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia
adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan
untuk mengurangkan masalah tersebut. Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada
untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan
organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai
usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.
Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
- Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
- Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
- Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.
- Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
- Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.
- Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
- Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat
- Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
- Penularan penyakit berjangkit
- Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat
1. Penguatkuasaan undang-undang
- Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
- Akta Antipermerdagangan Orang 2007
- Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku
- Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.
- Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.
Contoh lain : Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang